Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, January 16, 2012

Rozita mengaku sukakan lelaki muda dan tak kisah cakap-cakap orang

Share







Gambar Rozita dengan anak-anak lelakinya utk edisi Back To School..macam remaja gitu

Rozita merupakan salah seorang artis jelita yang sering dikaitkan dengan bulu mata palsu,mekap tebal,tayang kaki, kekasih muda dan kish bersara berlakon yang menjadi kontroversi apabila tak jadi bersara selepas perancangan Rozita untuk menamatkan zaman mudaa dengan jejaka bernama "S" dari Singapura tak kesampaian.

Jom kita dengar komen Rozita:

“Saya tak kisah langsung dengan apa orang nak cakap pasal saya. Yang paling penting saya tahu apa yang saya buat itu betul dan cakap-cakap orang tu saya biarkan sahaja.

“Dulu heboh orang kutuk saya pakai bulu mata palsu. Nak ke mana-mana pun kata saya kena ada bulu mata palsu sampai jadi isu besar.

“Untuk pengetahuan semua, saya memang pakai bulu mata palsu sebelum bergelar artis lagi. Bila dah jadi artis bulu mata palsu tu dah jadi perkara biasa pada saya.

“Sampaikan tok saya pernah tegur kenapa nak pakai bulu mata palsu 13 tingkat walaupun nak ke kedai. Saya tak kisah pun orang nak cakap apa,” kata Rozita sambil ketawa.

Isu tak jadi bersara ...

“Memang saya pernah pasang niat nak bersara lebih awal. Bila hajat nak bersara tu tersebar, ramai pula yang memberikan tawaran berlakon pada saya. Orang pujuk untuk saya batalkan hasrat bersara.

“Ada sebab kenapa perkara tu tak menjadi. Tapi orang tetap kata saya macam-macam. Ratu propa, ratu kontroversi dan macam-macam gelaran yang saya dengar.

“Saya tak kisah pun apa yang orang nak cakap. Apa yang penting, saya tahu apa yang saya lakukan. Kalau nak dengar cakap orang sampai bila-bila pun tak habis.

“Lagi satu, saya tak pernah baca pun apa yang orang tulis di dalam Internet. Kalau baca buat sakit hati buat apa? Saya pun tak ada Facebook atau Twitter.

“Kalau keluar surat khabar tu memang ada saya baca. Memang ada kalanya apa yang ditulis tu pedih tapi saya terima kritikan mereka,” ulas Rozita panjang lebar.

Komen Rozita tentang kekasih muda Shahir dan Zain Saidin..

“Salah seorang daripada mereka pernah hadir dalam hidup saya. Cuma saya tak akan mendedahkan yang mana satu dan kalau boleh biar saya simpan sahaja untuk diri sendiri.

“Memang saya suka berkawan dengan lelaki muda. Golongan ni lebih mudah mendengar kata dan lebih senang untuk didekati. Kalau dengan lelaki berusia dah tentu saya yang kena ikut kehendak mereka.

“Apa yang paling penting saya tak rampas hak orang. Lelaki muda, bujang dan bukan milik sesiapa. Kalau yang berusia selalunya suami orang.

“Jadi tak payah nak risau pasal saya nak rampas hak sesiapa. Sebab tu saya lebih suka lelaki bujang kerana dia bukan milik sesiapa,” kata Rozita.

Gambar kenangan Rozita dan Shahir..

Rozita pernah mengaku bahawa mereka adalah pasangan kekasih namun,Shahir sentiasa cuba menafikan dan berdolak dalih,perbezaan umur mereka adalah 16 tahun,jadi mungkin shahir sebenarnya dillemma nak meneruskan hubungan atau tak,atau mungkin keluarga shahir tak setuju? ini semua spekulasi sensasi jer..hanya mereka je yang tahu punca perpisahan sebenar..



gambar sesat nie bukan gambar shahir..




Zain Saidin memang meninati Rozita dan berusaha untuk mendekati Rozita,Gossip terbaru Zain dikatakan pergi bersama Rozita dan anak-anak ke Genting Highland.Menurut Rozita Zain rapat dengan anak-anaknya jadi apa salahnya pergi bersama.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-