Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, January 23, 2012

Rita ke Mahkamah Syariah melantik peguam untuk isu anak

Share







Sebelum nie kecoh kedengaran apabila Rita dikatakan menerima surat rahsia daripada Aidil.Dan surat berkenaan dikatakan surat perceraian daripada Aidil.

Tapi menurut kenyataan Rita baru-baru nie surat Aidil adalah surat tentang kebajikan anak dan bukan perceraian.Pelik jugak sensasi manade hal anak memerlukan peguam untuk diselesaikan melainkan isu hak penjagaan anak sekiranya bercerai.

Memang timbul persoalan dengan kenyataan Rita tapi biarlah dia lebih tahu tentang hal rumah tangga mereka.Sensasi harap perkahwinan mereka masih mampu bertahan dan diselamatkan.



Pelakon popular, Rita Rudaini pada Jumaat hadir di Mahkamah Syariah di sini untuk menyempurnakan pelantikan peguam bagi menyelesaikan isu surat yang diterima daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak berhubung dua anak mereka.




Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang memakai jubah dan selendang berwarna hitam hadir di mahkamah pada pukul 3.10 petang diiringi peguam syarienya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Beliau berkata pelantikan beliau adalah bagi menyelesaikan isu anak-anak yang dibangkitkan oleh Aidil Zafuan, 24, dalam surat bertarikh 11 Jan lepas yang diterima oleh Rita pagi semalam.

"Surat itu meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak. Kita akan jawab surat ini selepas perayaan Tahun Baru Cina dan minta pihak sana fikir supaya perkara ini tidak diperbesarkan.

"Ia lebih kepada perbincangan suami dan isteri berhubung kebajikan anak-anak dan tidak timbul langsung isu perceraian," katanya yang enggan mendedahkan lebih terperinci butiran surat berkenaan.

Sementara itu, Rita berkata beliau menerima surat yang dikirimkan oleh peguam yang mewakili Aidil Zafuan daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pada pagi semalam ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem.

Pelakon itu berkata beliau bagaimanapun tidak terkejut menerima surat berkenaan.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-