Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, January 27, 2012

Liam Neeson ingin memeluk agama Islam

Share








Liam Neeson merupakan pelakon terkenal Hollywood yang sering dicalonkan dalam anugerah Oscar,Bafta dan Golden Globe Awards.

Liam Neeson juga merupakan bintang filem Star Wars memegang watai Qui-Gonn Jin,berlakon dalam filem Batman begin dan Batman Dark Knight Rises ,menjadi suara Latar sebagai Aslan dalam Filem Narnia dan banyak lagi watak utama yang dipegangnya.


Liam Neeson sedang mempertimbangkan dan berfikir masak-masak untuk meninggalkan kepercayaannya terhadap Katolik dan memeluk Islam selepas menjalani penggambaran di bandar Istanbul.

Dipetik daripada The Sun, Liam mengakui azan apabila tiba waktu solat telah berjaya menarik perhatiannya sepanjang berada di sana.

"Azan untuk bersembahyang dilakukan sebanyak lima kali sehari dan pada minggu pertama, ia membuatkan saya tidak tahan. Walaubagaimanapun selepas itu ia mula menarik perhatian jiwa dan diri saya. Ia adalah satu perkara yang sangat indah.

"Di sana mempunyai lebih kurang 4,000 masjid. Kebanyakannya sangat cantik dan ia membuatkan saya ingin menjadi seorang beragama Islam."

Liam yang dibesarkan di Ireland Utara sebagai seorang penganut Katolik telah dinamakan sempena nama seorang paderi tempatan di sana.

Walaupun dibesarkan dengan kepercayaan Katolik, Liam yang pernah kehilangan isteri tercinta, Natasha Richardson akibat kemalangan ski pada 2009 telah mempersoalkan kehidupannya di bumi ini.



"Untuk apa kita hidup di dunia ini tanpa sebarang arah tujuan? Kini saya seringkali membaca buku tentang Tuhan supaya lebih memahaminya."

Aktor berusia 59 tahun ini pernah dikritik pada tahun 2010 selepas mendakwa bahawa watak singa Aslan dalam filem francais terkenal "The Chronicle Of Narnia" yang menggunakan suaranya itu bukanlah berdasarkan Kristian seperti yang didakwa oleh penulis novel C.S Lewis, sebaliknya ia adalah pemimpin rohani termasuklah Nabi Muhammad.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-