Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, January 6, 2012

Kim Kardashian pernah curang terhadap bekas Kekasih Reggie, skandal dengan Kanye West?

Share








Model dan juga bekas kekasih kepada penyanyi rap Kanye West, Amber Rose telah mendakwa bahawa bintang televisyen realiti terkenal, Kim Kardashian adalah seorang perampas sehingga memusnahkan hubungannya dengan Kanye pada pertengahan 2010.

Dalam satu temubual bersama majalah Star, Amber memberitahu Kim yang ketika itu sedang bercinta dengan teman lelakinya, Reggie Bush, mempunyai hubungan sulit dengan Kanye pada waktu yang sama.

"Dia adalah seorang perampas! Mereka berdua menipu. Mereka berdua menipu terhadap saya dan Reggie."

Malah Amber turut mendakwa Kim seringkali menghantar gambar-gambar seksi kepada Kanye selain daripada menelefon dan menghantar pesanan ringkas.

Amber memberitahu dia pernah meminta penjelasan kepada sosialit berusia 31 tahun itu melalui emel tetapi tidak dibalas.

"Saya ingatkan dia akan berani untuk memberi respon kepada saya. Malangnya tidak.

"Ianya sangat penting untuk kaum wanita sentiasa bersama dan tidak menikam belakang antara satu sama lain seperti itu."

Walaubagaimanapun sebelum Kim menegaskan hubungannya dengan Kanye tidak lebih sebagai rakan kerana sudah mengenali sejak beberapa tahun lalu.

Kanye pernah muncul dalam musim pertama program televisyen realiti Kim, "Kourtney & Kim Take New York" tahun lalu.


Amber Rose bersama Kanye West.
Kim Kardashian bersama bekas teman
lelakinya, Reggie Bush.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-