Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, January 30, 2012

Jejai belikan kereta SUV mewah untuk Nora Danish

Share







Tiba-tiba teringat pada Nora Danish yang mengundang pilu ramai penonton gara-gara drama Tentang Dhia yang masih dirasai impaknya. Itulah istimewanya Nora Danish.

Wajah comelnya memang memikat tambahan pula membawa watak sedih. Tapi sedih Nora dalam lakonan sahaja. Diva percaya hidupnya sangat bahagia walaupun sudah beberapa tahun menjanda.

Cakap pasal Nora, mahu tak mahu rasa nak tercuit juga nama Fasha Sandha yang heboh dikatakan akan bernikah dengan bekas suami Nora, si Jejai tak lama lagi.

Jejai dan Fasha pun memang sepadan.Walaupun nak bernikah dengan Fasha, Jejai dan Nora tidaklah bermusuh. Maklumlah Nora itu ibu kepada anaknya, Putra Rayqal.

Kalau tak baik, takkan bekas pasangan suami isteri itu berpakat-pakat beli kereta yang sama. Ada sumber bagi tahu Diva kononnya Jejai sudah tempah tiga buah kenderaan SUV yang kiranya macam kereta mewah juga.

Kalau tak silap setiap satu kenderaan itu berharga tidak kurang daripada RM300,000 sebuah. Paling menarik, sebuah daripada SUV yang ditempah Jejai di pusat pameran kereta di Jalan Ipoh itu adalah untuk jandanya Nora Danish.

Yang buat lebih pasti lagi, baru-baru ini Nora sendiri ada mengunjungi cawangan pusat pameran kereta yang sama di Petaling Jaya. Barangkali nak melihat-lihat atau sekadar bertanya kenderaan yang ditempah Jejai sudah tiba atau belum.

Baiknya si Jejai tu dengan Nora ya. Dalam sibuk nak bina mahligai baru sempat lagi tolong belikan kenderaan untuk bekas isteri. Dua buah lagi kenderaan yang ditempah untuk siapalah pula ya?

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-