Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, January 4, 2012

Ibu Amalina bersihkan nama anak,sangkal dakwaan fitnah sebuah blog

Share







Banyak reaksi yang diterimaa dari masyarakat Malaysia berkenaan isu Amalina yang dilihat semakin sosial dengan pakaian yang tidak menunjukkan budaya ketimuran.

Ibu Amalina tampil menjelas kan dan membersihkan nama baik anaknya yang difitnah kononnya telah gagal dalam pelajaran bahkan kembali ke Malaysia senyap-senyap oleh sebuah blog..

Ada yang mengutuk Puan sabariah kerana menyebelahi anaknya,namun hati ibu mana yangg sanggup mendengar anak yang dikandungnya 9 bulan di caci oleh masyarakat.


Berikut ialah reaksi Puan Sabariah:
  • Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu saya juga tentu tidak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya.
  • Saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama-sama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu saya sendiri yang beli.
  • Anak saya bukan seorang gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Kami berhubung hampir setiap malam. Saya juga sudah 13 kali ke sana sejak dia menuntut di UK.
  • Mengenai tuduhan anaknya dah buang tudung, ibunya menjawab. ” Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memeng bertudung ke sekolah”.
  • Amalina kini sedang menuntut dalam dua bidang sekali gus iaitu jurusan perubatan dan juga sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland.
  • Tuduhan anaknya mewarnakan rambut dan gemar bersosial pula di jawab dengan…”ia hanya fitnah yang sengaja mahu mencemarkan anama baik anaknya”
  • “pelajaran anak saya tidak terjejaspun, dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunaka oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
  • Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalankan praktikal di Oxford bermula novenber depan.
  • Berita Amelina tersebut telah berjaya menyebabkan seramai 800 orang memohon untuk menjadi ‘Rakan’ dalam Facebooknya.
  • Ditanya apa reaksi Amalina terhadap isu gambar dirinya tersebut…”Dia hanya ketawa sahaja”

Rumusannya Amalina tak ada apa-apa. Semua gambar yang terdedah tersebut direstui ibunya. Pergaulan dengan rakan-rakan seperti yang dilihat dalam gambar tersebut ibunya sendiri yng rakam. Fesyen pakaian yang Amelina pakaipun ibunya sendiri yang belikan.

Kes tudung pula memang Ibunya sendiri tak kisah. Tudung hanya satu pakaian pergi sekolah sahaja dan bukan pakaian peribadi Amalina. Sebagai bukti bahawa Amalina masih berada di jalan yang lurus adalah dia masih lagi hebat dalam pelajarannya.

Credit to wartashubhi blog




SABARIAH  menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.
SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.

5 comments:

tuan tanah said...

Makcik.... Yg aja anak makcik peluk2 dgn jantan tu pun makcik jugak lah ye, td kat harian metro amelina ckp
"macih kat mak pok sye yg bg didikan agama kat sye"
.
Oh..ni lah didikan agme yg betoi ye, bukak sana sini, warna sana sini, peluk sana sini, pe nk jd dgn keluarga zaman skrg ni,
.
To sensasi, wa suka blog lu, slamat bercutiiiii

Anonymous said...

cat kuku, warnakan rambut satu fitnah? habis tue xkanlah foto tue diedit rambutnya kasi kaler blon2? kuku diedit kasi warna itam? aduhai makcik..

Anonymous said...

Kaler rmbt,kuku,x pakai tudung Semua tu hal dialah x pyh nak sibuk SIBUK. org yg rmbt htam,pkai tdung,kuku x cat naMPAK alim bolehkah disimpulkan terus sbgi org yg baik?janga
n jangan lagi teruk! PENYIBUK sangat!dia bukan beRBOGEL PON!

nur farhana saad said...

memang kita tak layak sebuk hal die. tapi die kan public figure, so that people kecam. lagipun die pernah dapat maal hijrah punye anugerah kan.

tuan tanah said...

Yg tak pakai tudung dan tunjuk aurat tu baik ye.?, cam mana nak baik? Asal org tengok je dosa datang, tu bukan pahala yg  dikumpul, tp dosa yg berlambak, bayangkan kalau sejuta makhluk2 kat planet ni yg tengok aurat kita, brapa byk plak dosa yg lu dpt, so lu buat baik pun sia2 beb... 
 baik pada pandangan manusia tp tidak pd Allah... Nak persoalakan yg pakai tudung tp buat maksiat tu dia dah pakai tudung, tinggal akhlaknya aja yg kena repair, tp yg xpakai tudung hari2 buat maksiat, ada juga yg pakai tudung tp seksi tu pun buat maksiat jugak, ibarat berpakaian  tp telanjang.. Jd siapa2 kat sini nak pertahankan tak pakai tudung, jgn bantah aku, bantah je Allah, aku sbg org islam hanya mampu menasihati,.. Apa jd dgn manusia zaman sekarang ni, yang haram lu kata halal...hmmmm yang haram lu kata yes
.
Renungkanlah dan bantahlah firman yg kat bawa ni.... Kalau rasa masih islam baik cepat2 bertaubat, tp kalau rasa dah tak nak lg dgn islam pun cepat2 la bertaubat, jgn ikut nafsu je... 
.
To sensasi..sorry la mencarut kat blog ko ni..
.
An nur 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak " yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-