Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, January 14, 2012

Hattan dan Isteri bercerai talak satu selepas dua bulan berkahwin

Share







Baru dua bulan berkahwin akhirnya Hattan menceraikan isterinya dengan talak satu.Sebelum nie gosip hattan bercerai talak tiga selepas seminggu dinafikannya.Namun kisah pergolakan rumahtangga Hattan akhirnya terjawab kini.

Hattan buat masa ini enggan memberi komen tentang rumahtangganya.




Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.

Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-