Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, January 6, 2012

Hafiz akui banyak kontroversi meretakkan hubungannya dengan Adira, pernah pukul Pengkid

Share







Hafiz dan Adira telah putus cinta beberapa bulan yang lalu,namun menurut hafiz bukanlahj kerana orang ketiga.Mereka berdua gagal mengenali hati budi masing-masing dan kontroversi lepas kedua mereka mengeruhkan lagi perhubungan yang terjalin setahun.

Dari beberapa sumber sensasi dengar Adira yang mintak putus,dan akhirnya Hafiz hanya akur dengan kehendak Adira .



"Hubungan kami yang dibina hampir setahun retak disebabkan beberapa isu kontroversi yang membabitkan kami sebelum ini yang secara langsung mengganggu karier masing-masing," ujar Hafiz ketika ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) di Bentley Music Auditorium, petang semalam.

Menafikan kehadiran pihak ketiga, Hafiz turut menyatakan keputusan untuk berpisah diambil selepas masing-masing mahu lebih fokus kepada karier yang baru beberapa tahun dibina dan mereka kini kekal berkawan baik.

"Banyak kontroversi yang melanda kami, keadaan tersebut telah memberi impak negatif kepada hubungan kami," jelas jejaka kelahiran bumi Kenyalang ini lagi.

Sebelum ini, Hafiz menggemparkan dunia hiburan apabila dilaporkan bertindak kasar ke atas seorang wanita dipercayai pengkid yang bekerja sebagai pengurus pentas ketika rakaman sebuah program hiburan selepas berang dan cemburu apabila mengetahui wanita tersebut cuba menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-