Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, January 23, 2012

Gambar sebelum Izwan Pilus meninggal akibat Virus Kencing Tikus

Share








Gambar terakhir arwah dan Tweet malam sebelum meninggal dunia.

izwan pilus meninggal dunia


Penyanyi tempatan Khairul Izwan Pilus atau dikenali dengan nama pentas Izwan Pilus telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang semalam di Hospital Ampang akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.

Dimasukkan ke dalam hospital kira-kira jam 12.30 malam sehari sebelum itu akibat demam kuning, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarga serta saudara mara dan beberapa rakan baik.

Dilahirkan pada 24 November 1979, penyanyi yang popular dengan lagu "Kembali Senyum" ini pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak penghujung November tahun lepas selepas mengalami masalah demam berpanjangan. Pihak hospital mengesahkan bahawa terdapat jangkitan kuman dalam darah.

Walaubagaimanapun Allahyarham didapati sihat dan dibenarkan keluar sebelum kesihatannya kembali terjejas sejak dua minggu lalu.

Jenazah abang kepada penyanyi "Akademi Fantasia" musim ketujuh, Aril, ini telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin, Melaka pada jam 10 pagi ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-