Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, January 30, 2012

Gambar Persandingan dan isteri Roslin Hashim ,Rahayu Rosli

Share









“Saya harap sudah-sudahlah orang bercakap perkara tidak baik terhadap suami saya selepas ini,” kata Rahayu Rosli, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim yang ditemui pada majlis persandingan mereka di Ukay Perdana, malam kelmarin.

Rahayu, 24, berkata walaupun Roslin, 37, pernah dua kali gagal dalam perkahwinan, dia tetap yakin bekas pemain badminton nombor satu dunia itu lelaki terbaik pernah ditemuinya.

“Suami sudah menceritakan apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini dan perkara itu (kisah perceraian sebelum ini) tidak menjadi masalah kepada saya.

“Perkara terpenting ialah saya mengharap dan mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke anak cucu,” katanya yang berasal dari Gombak, di sini.











Pasangan itu bernikah pada 28 Disember lalu dan melangsungkan persandingan sebulan kemudian dengan menjemput anggota keluarga serta sahabat terdekat.

Roslin sebelum ini mengaku berkahwin untuk kali ketiga tetapi ‘mengunci mulut’ ketika ditanya lebih lanjut demi menghormati keluarga isteri.


No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-