Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, January 13, 2012

Fazura berhenti berlakon kerana Kekasih?

Share







Mengakui filem lakonan terbarunya, "Bujang Telajak" akan menjadi filem pertama dan terakhir buatnya untuk tahun 2012, aktres jelita Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura menafikan keputusannya untuk menyepi dalam bidang lakonan bukanlah disebabkan permintaan kekasihnya yang merupakan seorang kerabat diraja, sebaliknya ia adalah demi menjaga hati ibunya.

"Sebenarnya ibu meminta agar saya tidak meneruskan kerjaya dalam dunia seni ini kerana tidak gemar dengan kisah atau gossip kurang enak mengenai saya. Apatah lagi ibu sudah berusia, jadi hatinya mudah sensitif sedikit apabila ada cerita kontroversi tersebar," tutur awal pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini.

Fazura turut menjelaskan dia bukan sahaja menolak banyak tawaran berlakon filem malah turut menolak tawaran dalam bidang pengacaraan.

"Banyak tawaran yang saya tolak kerana watak yang diterima kurang menambat hati. Saya inginkan kelainan dan bukan watak stereotaip yang acapkali dibawa.

"Pendek kata saya masih menunggu skrip yang mampu membuatkan saya jatuh cinta kepadanya," jelas aktres "Gol & Gincu" yang sebelum ini turut menolak tawaran berlakon dalam filem terbaru arahan Bernard Chauly, "Istanbul Aku Datang".

Meskipun akan kurang aktif dalam bidang lakonan selepas ini, aktres berusia 29 tahun ini tetap memasang impian untuk melakonkan watak-watak mencabar seperti watak perempuan jahat.

"Saya teringin untuk melakonkan watak perempuan jahat yang nampak jahat di depan tapi sebenarnya baik dan begitu juga sebaliknya kerana saya mahu mendalami dan memahami sendiri pemikiran watak-watak sebegitu.

"Malangnya sehingga kini saya belum lagi mendapat tawaran sebegitu dan masih melekat dengan watak-watak yang saya lakonkan menerusi dua buah filem yang saya pernah lakonkan sebelum ini iaitu "Pisau Cukur" dan "Gol & Gincu"," ujarnya lagi ketika ditemui di tayangan media filem "Bujang Telajak" di GSC Signature, The Gardens semalam.
Ketika ditanya mengapa filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen menjadi filem pilihannya, Fazura menyatakan bahawa sudah lama dia berhasrat untuk berlakon dalam sebuah filem komedi ringan dan tidak merasakan dia mengambil risiko besar sehingga menjejaskan reputasinya yang sebelum ini dikenali sebagai seorang pelakon yang serius.

"Saya sebetulnya sudah lama teringin hendak mencuba berlakon dalam filem komedi ringan dan memang sudah lama ingin bekerja di bawah arahan A. Razak sejak dari dulu lagi memandangkan saya meminati filem arahannya, "Mami Jarum".

"Saya tidak merasakan saya mengambil risiko kerana percaya dia (A. Razak) seorang pengarah yang baik ditambah lagi dengan gandingan tiga orang pelakon dan pelawak hebat seperti Saiful Apek, Johan Raja Lawak dan Nabil Raja Lawak menjadikan filem ini sebuah filem komedi ringan yang hebat," kata Fazura mengakhiri perbualan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-