Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, January 23, 2012

Farah (bekas Isteri Hattan) membuka mulut memberi kenyataan tentang isu gambar yang mengaibkan dan penceraian mereka

Share







Sebelum nie tersebar foto bekas Isteri Hattan bersama seorang lelaki yang dikatakan punca penceraian Hattan dan Isterinya.

Farah yang merupakan ibu kepada dua orang anak mengaku bahwa gambar dengan lelaki itu memang dirinya,namun perkara sebenar harus di dedahkan kerana perkara ini memalukannya dan menjatuhkan maruah serta menjatuhkan reputasi sebagai seorang usahawan.

Farah juga bakal mengambil tindakan mahkamah terhadap blog-blog yang menyiarkan gambar tersebut.




“Pertama sekali saya mahu membetulkan spekulasi yang menyatakan Hattan ceraikan saya kerana gambar saya yang disiarkan di Internet. Itu tidak ada kena mengena. Perpisahan ini lebih kepada tiada jodoh dan persefahaman,”

“Saya rasa keadaan sekarang sangat tough. Saya perlu bersuara. Ya, saya akui gambar yang disebarkan adalah gambar saya. Salah tetap salah tetapi gambar itu adalah gambar lima tahun dahulu. Saya perlu bersuara sebab beberapa blog memainkan isu saya dan saya anggap tidak relevan,” ujar Farah yang menganggap tidak adil gambarnya disebarkan sedangkan dia bukanlah seorang selebriti.

“Saya juga ingin membetulkan bahawa saya tidak pernah diceraikan talak tiga seperti yang pernah diuar-uarkan. Saya meletakkan nyawa saya kepada perkahwinan itu dan saya jujur terhadap perkahwinan,”

“Saya ada maruah dan saya ada keluarga. Saya sangat melindungi anak-anak saya. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh,” luahnya yang kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Lebih penting lagi dalam pertemuan bersama Farah, penekanan diberikan kepada penganiayaan siber yang menimpa dirinya.

Bukan baru berlaku pada tahun ini tetapi penggodam tersebut telah memasuki ruang e-mel Farah dan menambah kandungan dalam e-mel serta kemudian melayangkan kepada setiap data yang berada dalam e-mel tersebut. Malah kandungan tambahan tersebut dimasukkan ke dalam blog milik Farah.

Pertama kali melakukan laporan polis pada 2010, laporan akhbar tentang penganiayaan tersebut turut muncul dalam akhbar Malay Mail pada September 2010.

Selepas mengahwini penyanyi Hattan, kejadian tersebut berulang malah bekas suaminya itu pernah menemaninya membuat laporan polis sekali lagi sebelum mereka berlepas ke London pada Disember lalu.


“Apabila penggodam ini menceroboh e-mel, menyebar gambar saya dan melakukan penganiayaan siber, reputasi saya sebagai usahawan terjejas. Kalau dengan pelanggan luar negara tidak ada masalah tetapi kalau dengan pelanggan dalam negara macam mana? Saya perlu bersihkan nama saya yang tercalar,”

“Saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Sekembalinya saya nanti, saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya,” kata Farah tegas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-