Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, January 24, 2012

Cheryl Cole ingin berbaik semula dengan bekas suami

Share







Penyanyi "Fight For This Love", Cheryl Cole dilaporkan masih mencintai bekas suaminya yang merupakan pemain bola Chelsea, Ashley Cole, dan ingin berbaik semula.

Dipetik daripada Daily Mail, Cheryl dikatakan bercakap dengan Ashley hampir setiap hari dengan harapan dapat bersatu semula.

Cheryl juga telah meminta Ashley supaya membuktikannya agar dirinya mampu mendapat kepercayaan semula daripada penyanyi berusia 28 tahun itu selepas didapati curang sebanyak empat kali sepanjang tempoh empat tahun perkahwinan mereka.

Menurut sumber, "Cheryl akan menghantar pesanan ringkas kepadanya pada awal pagi dan mereka akan bercakap setiap hari. Mereka bertemu sebelum Krismas dan sudah merancang untuk bercuti di hari minggu pada Februari akan datang."

Dipercayai juga bekas juri program televisyen realiti ini cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan ramai untuk mengelak daripada malu sekali lagi.

Tahun lalu penyanyi Girls Aloud ini telah menjemput Ashley, 31, ke majlis hari jadi di Hotel The Sanderson di mana pasangan ini kelihatan mesra bersama.

Walaubagaimanapun dua minggu selepas itu, beberapa wanita tampil dan mengaku bahawa mereka telah tidur bersamanya ketika percubaannya untuk mendapatkan Cheryl semula.

Cheryl sebelum ini pernah digosipkan bersama dengan beberapa lelaki seperti Derek Hough, penyanyi kumpulan Black Eyed Peas Will.I.Am dan penerbit Patrizio Pigliapoco.

"Cherly pernah memberitahu Ashley supaya bersabar selama enam bulan sehingga hari jadinya pada 30 Jun akan datang, tanpa mempunyai sebarang hubungan atau tidur bersama wanita lain jika ingin mendapatkan kepercayaannya semula," kata sumber itu lagi.

Pasangan ini telah berkahwin pada Julai 2006 sebelum berpisah pada Februari 2010.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-