Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, January 23, 2012

Blue Ivy Carter, Baby kepada Beyonce dikatakan berwajah hodoh?

Share







Ada segelintir pihak mendakwa bayi Beyonce dan Jay-Z berwajah hodoh kerana
Wajah Blue Ivy Carter masih belum didedahkan secara jelas kepada umum.

Yang kelakar ada pihak yang begitu rajin meng-edit wajah Jay-Z dan Beyonce serta gabungan untuk menghasilkan wajah Blue Ivy Carter.

Sebenarnya wajah bayi nie cepat berubah,kadang-kadang waktu lahir mungkin wajah bayi agak sembab sebab berada dalam air ketuban dalam rahim,bila dah makin lama wajah bayi akan mula kelihatan.

Ada bayi yang masa lahir kelihatan seperti ibu,tapi bila makin membesar kelihatan seperti bapanya. Apapun bagi sensasi semua baby comel dan suci.Jom tengok wajah Blue Ivy Carter yang di edit dan wajah sebenarnya.






Bekas anggota Destiny's Child, Michelle Williams tampil membuat kenyataan sekaligus menyangkal spekulasi segelintir pihak yang mengatakan anak sulung Beyonce Knowles dan suaminya Jay-Z, Blue Ivy Carter berwajah hodoh.

Menurut Williams, anak rakan baiknya itu sangat cantik ketika dia melawat mereka baru-baru ini.

"Blue sangat cantik seperti ibunya dan memang tidak masuk akal apabila ada sesetengah pihak mendakwa anak pasangan ini hodoh," ujar Williams kepada Daily Mail.
Nampak comel je kan baby Beyonce nie..berkulit cerah kemerahan

Sementara itu, seorang lagi bekas anggota kumpulan trio wanita popular ini, Kelly Rowland enggan mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai Blue yang lahir pada 7 Januari lalu kerana merasakan ia adalah hak peribadi pasangan selebriti tersohor itu.

"Biar mereka sendiri yang menunjukkan anak mereka kepada umum apabila sudah bersedia," ujarnya yang turut mengakui Beyonce sememangnya lahir untuk menjadi seorang ibu kerana memiliki sifat keibuan semulajadi ketika menjaga puteri sulungnya itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-