Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, January 30, 2012

Ashton Kutcher masih ambil berat tentang Demi Moore?

Share







Kesian Demi Moore selepas berpisah dengan suami nya Ashton Kutcher yang muda 16 tahun darinya,Demi mulai jadi begitu kurus, menghisap dadah dan dikejarkan ke hospital.

Perpisahannya dengan Ashton telah membuatkan Demi begitu terseksa.
Dari gambar-gambar kenangan Demi dan Ashton,Sensasi boleh lihat sinar cinta dalam mata Demi terhadap suaminya Ashton Kutcher yang disangkanya seorang lelaki yang begitu manja,romantik dan setia. Demi begitu mempercayai Ashton,sehinggalah pendedahan kecurangan Ashton dengan cara yang begitu "dirty" ,apatah lagi perkara itu terjadi pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6 tahun.

Rupanya itu juga bukanlah pertama kali Ashton curang. Maklumlah Ashton masih muda,berduit pula,memang nak enjoy je.Apabila Demi menuntut perceraian dari Ashton ,Ashton hanya bersetuju tanpa memujuk Demi..Sensasi boleh bayangkan kesedihan yang dialami oleh Demi.
Susah sebenarnya wanita bercinta dengan lelaki yng lebih muda.Faktor "insecurity" memang menjadi satu masalah lebih lagi jika perbezaan umur tue banyak sangat.

Tapi kalau setakat 4-5 tahun beza bagi sensasi,tak la masalah sangat.

Dalam Demi Moore bersedih dan hidup tak terurus,Ashton pula,bergembira je..sungguh sadis..









Akaun Twitter milik aktor drama komedi "Two And A Half Men", Ashton Kutcher tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen selepas bekas isterinya, Demi Moore dikejarkan hospital, tetapi sumber memberitahu tindakannya yang dikatakan tidak mengambil berat itu bukanlah seperti yang dilihat.

Dipetik daripada People, sumber memberitahu, "Ashton sangat mengambil berat dan risaukan Demi walaupun berada di Brazil untuk bekerja dalam satu kempen iklan ketika mendengar berita tersebut.

"Dia masih mengambil berat tentangnya dan mahukan yang terbaik kepada Demi. Walaubagaimanapun perkahwinan mereka sudah berakhir dan mereka ingin meneruskan kehidupan seperti biasa."

Kutcher, 33, dan Moore, 49, telah membuat pengumuman pada November tahun lalu bahawa mereka akan bercerai selepas berkahwin selama enam tahun.

Sebelum ini beberapa teman baik kepada aktres "Margin Call" menyatakan kebimbangan mereka selepas melihat Moore yang mengabaikan kesihatannya.

Ketika krisis Moore baru-baru ini, Kutcher berada di Amerika Selatan untuk penggambaran katalog iklan jenama Colcci. Malah Kutcher sempat menghadiri acara di Minggu Fesyen Sao Paulo dan berhibur bersama selebriti Brazil.

Kutcher terus-terusan mengemaskini akaun Twitter miliknya tetapi tidak berkata apa-apa tentang keadaan Moore. Malah ketika paramedik sedang merawat Moore di rumahnya, Kutcher sempat memuat naik gambarnya yang sedang berhibur di jalanan Sao Paulo ketika hujan.


Gambar Demi Moore selepas perceraian.Kurus kering,yang paling tak bleh tahan bila Demi berniat untuk Diet lagi kerana merasakan diri gemuk..huhu

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-