Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, January 2, 2012

Ash dan Sherry Merlis bernikah pada 1 Januari 2012

Share







Perbezaan umur sekarang bukanlah masalah untuk bercinta dan berkahwin,Ash dan Sherry Merlis berbeza 11 tahun dimana Ash berumur 29 dan Sherry pula berumur 40 tahun.

Tahniah Sensasi ucapkan kepada pasangan pengantin baru ini,walaupun sebelum ini Sherry pernah menafikan bahawa mereka bakal disatukan di penghujung tahun 2011,rupanya mereka berkahwin pada awal 2012..hehe

Ash & Sherry Bernikah


Vokalis kumpulan Gabba Gaba, Ash atau nama sebenarnya, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid sah bergelar suami kepada pelakon Sherry Merlis pada pukul 10 pagi, Ahad lalu.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

Di majlis tersebut, Ash menyerahkan wang hantaran yang jumlahnya dirahsiakan berserta mas kahwin bernilah RM200 serta tiga dulang hantaran, setepak sirih junjung, sebentuk cincin dan manisan.

Manakala Sherry membalas lima dulang hantaran, setepak sirih junjung, sebuah Al-Quran, manisan, sebentuk cincin dan kek.

Ash dan Sherry berkenalan sewaktu terlibat dalam sebuah produksi drama.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-