Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, January 27, 2012

Anne Ngasri sudah ada kekasih hati dan mahu berkahwin lagi

Share







Anne Ngasri nie kalau anda lahir sezaman dengan Sensasi iaitu era 80-an mesti korang ingat siri Cili Padi. Masa tue dia kecik lagi .

Pejam celik pelakon cilik ini dulu dahpun bergelar ibu kepada 3 orang anak dan berpisah dengan bekas suami ketika sedang mengandungkan anak ke-tiga.

Kini anne mengakui sedang rapat dengan seseorang dan tidak menolak untuk berkahwin semula jika ada jodoh.



Mengapa badan semakin mengecil, berdiet atau ada masalah?

Anne: Ya, saya sedang berdiet, bukan makan hati ya. Sebelum ini berat saya bertambah dengan banyak selepas melahirkan anak ketiga, jadi saya tekad untuk kuruskan badan.

Anne bergelar janda pada usia 26 tahun, sudah tiga tahun hidup bersendirian, bila mahu menamatkan zaman janda?

Tipulah kalau saya cakap saya tidak berkawan dengan sesiapa, memang ada tetapi masih dalam peringkat berkawan. Andai, jodoh datang dalam masa terdekat saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tidak serik dengan perkahwinan tetapi setakat ini belum ada perancangan ke arah itu (perkahwinan).

Ada sebarang syarat untuk lelaki yang ingin menyunting Anne sebagai isteri?

Saya bukanlah orang cerewet tetapi lelaki itu haruslah seorang bertanggungjawab dan bersedia menerima diri saya seadanya kerana saya datang dengan pakej tiga orang anak. Saya tidak mahu minta lebih-lebih atau berkata saya tidak mahu lelaki seperti itu dan ini kerana selalunya yang tidak mahu itu yang akan kita dapat. Jadi, saya tidak kisah dan tidak meletakkan sebarang sasaran usia untuk menamatkan zaman janda.

Bagaimana dengan kehidupan Anne kini dan hubungan dengan bekas suami?

Alhamdulillah, saya bahagia dengan anak-anak. Walaupun kami sudah bercerai tetapi hubungan kami masih baik kerana anak. Saya yang menghantar anak saya Abdul Warits, 6, dan Abdul Wafri, 4, ke tadika setiap pagi, dan ayah mereka Wafi yang akan mengambil mereka pulang dari tadika setiap hari. Jika saya ada penggambaran drama, saya ada pembantu rumah yang akan menjaga anak, ibu saya dan bekas ibu mertua juga turut membantu untuk menjaga anak bongsu saya, Naszhara Afroza yang kini berusia dua tahun.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-