Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, January 4, 2012

12 Movie Hollywood yang bakal Hits tahun 2012

Share







Tahun 2012 sudah pun menjelang dan kami ingin menyenaraikan 12 buah filem yang anda wajib tonton sepanjang tahun ini. Yang pasti, kebanyakannya adalah sekuel kepada filem-filem hit sebelum ini.


Underworld Awakening

Kate Beckinsale kembali memainkan wataknya sebagai pejuang puntianak Selene yang bebas dari penjara dan menyedari dia kini di dalam dunia di mana manusia telah menemui kewujudan klan Vampire dan Lycan – dan sedang mempersiapkan diri mereka untuk berperang demi memusnahkan kedua-dua spesis yang hidup selama ini.


Ghost Rider: Spirit Of Vengeance

Nicolas Cage kembali sebagai Johnny Blaze dalam "Ghost Rider: Spirit of Vengeance". Johnny Blaze yang masih merasakan kesulitan menjadi pemburu harta syaitan sedang bersembunyi di bahagian terpinggir Eropah Timur apabila dia direkrut oleh sebuah gereja untuk menyelamatkan seorang budak lelaki (Fergus Riordan) daripada syaitan (Ciaran Hinds). Pada mulanya, Johnny enggan menggunakan kuasa Ghost Rider, namun ia satu-satunya cara untuk melindungi budak lelaki tersebut dan memusnahkan sumpahan ke atas dirinya untuk selamanya.



Wrath Of The Titans

Sepuluh tahun selepas dia berjaya menewaskan raksasa Kraken, Perseus (Sam Worthington) cuba untuk hidup sebagai nelayan biasa dan menjadi bapa tunggal kepada anaknya Helius yang berusia 10 tahun. Walaubagaimanapun, pertelingkahan kuasa sedang berlaku antara dewa-dewa dan Titans di Mount Olympus dan para dewa sudah tidak mampu untuk mengawal Titans dan pemimpin mereka, Kronos, bapa kepada Zeus, Hades and Poseidon. Perseus terpaksa masuk campur apabila Hades dan Ares (anak kepada Zeus) menyatakan kesetiaan mereka kepada Kronos dan mahu menawan Zeus. Dengan bantuan Dewi Perang Andromeda (Rosamund Pike), anak Poseidon, Argenor (Kebbell), dan dewa yang telah jatuh, Hephaestus (Bill Nighy), Perseus memulakan perjalanannya untuk menyelamatkan Zeus, mengalahkan Titans dan selamatkan umat manusia.



Mirror Mirror Snow White

Dalam "Mirror Mirror Snow White", Permaisuri yang jahat lakonan Julia Roberts telah membunuh raja dan merampas takhta, sementara puterinya yang terbuang (Lilly Collins) meminta bantuan tujuh orang kerdil untuk memenangi takhtanya kembali. Filem arahan Tarsem Singh ini juga dibintangi Armie Hammer ("The Social Network") sebagai Putera Andrew Alcott dan Nathan Lane ("The Birdcage") sebagai pembantu permaisuri yang tidak berguna.


Prometheus

Dalam filem Ridley Scott ini, artifak makhluk asing yang ditemui dalam kajian arkeologi di Afrika mendedahkan bahawa manusia sebenarnya satu kejuruteraan genetik makhluk asing. Antara penemuan tersebut ialah koordinat ke syurga. Weyland Corp melancarkan kapal angkasa yang dipanggil Prometheus dan krewnya untuk bertemu pencipta mereka. Setibanya di sana, mereka disambut baik dan makhluk asing yang dikenali sebagai Alien Gods berkongsi pengetahuan mereka dalam teknologi berasaskan biologi. Namun seorang daripada krew telah mencuri "bio-source code", teknologi yang memulakan segalanya, kuasa yang menjadikan tuhan dan manusia sama rata. Enggan menerima kenyataan, Alien Gods melancarkan senjata biologi menentang manusia. Kini kru kapal angkasa itu harus segera meninggalkan tempat tersebut sebelum masalah lebih teruk berlaku.


The Avengers

Filem ini menyambung pengembaraan epik yang bermula daripada "Iron Man," "The Incredible Hulk," "Iron Man 2," "Thor," dan "Captain America: The First Avenger". "The Avengers" merupakan filem gandingan adiwira Marvel yang pernah muncul sebelum ini. Apabila seorang musuh yang tak terduga muncul dan mengancam keselamatan dunia, Nick Fury (Samuel L. Jackson), pengarah sebuah agensi keselamatan dunia yang dikenali sebagai S.H.I.E.L.D., perlu mencari satu pasukan untuk menyelamatkan dunia dari kemusnahan.


G.I Joe: Retaliation

Pengarah Jon Chu ("Step Up 3D") mengarah filem sekuel "G.I Joe" ini. Kali ini, pasukan G.I Joe harus menghalang Zartan (Arnold Vosloo), Storm Shadow (Lee Byung-hun) dan Firefly (Ray Stevenson) selepas mereka berjaya melarikan diri. Namun ia tidak akan jadi jalan yang mudah kerana Zartan kini menyamar menjadi Presiden AS.


The Amazing Spiderman 3D

Francais ini diperbaharui sekali lagi dengan para pelakon baru termasuk Andrew Garfield sebagai Spiderman/Peter Parker dan Emma Stone sebagai Gwen Stacy. Kisah baru ini berdasarkan skrip oleh James Vanderbilt yang memfokus kepada kisah seorang remaja yang cuba mengimbangi masalah peribadi dan tanggungjawabnya sebagai adiwira.


The Dark Knight Rises

Filem terbaru dalam francais “Batman” arahan Christopher Nolan ini dikatakan menjadi filem terakhir dalam triloginya sejak “Batman Begins” dan “The Dark Knight”. Selain pemenang Oscar Christian Bale ("The Fighter") sebagai Bruce Wayne / Batman, filem ini turut menyaksikan lakonan Anne Hathaway sebagai Selina Kyle / Catwoman; Tom Hardy sebagai Bane, pemenang Oscar Marion Cotillard ("La Vie En Rose") sebagai Miranda Tate; dan Joseph Gordon-Levitt sebagai John Blake, selain pelakon dari filem asal, Gary Oldman sebagai Commissioner Gordon dan Morgan Freeman ("Million Dollar Baby") as Lucius Fox.


Bourne Legacy

Filem keempat francais Bourne ini tidak memaparkan Jason Bourne untuk siri keempatnya tetapi mengetengahkan seorang lagi pembunuh upahan rahsia kerajaan yang dilakonkan oleh Jeremy Renner. Dikatakan watak baru ini juga pernah memainkan peranan dalam Operation Treadstone atau Blackbriar dari filem-filem Bourne sebelum ini. Rachel Weisz turut membintangi filem ini sebagai watak kekasihnya sementara Edward Norton melakonkan watak jahat.


The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2

Bahagian kedua dan terakhir saga Twilight ini bermula dengan peralihan Bella ke dalam kehidupan seorang puntianak. Walaubagaimanapun, dia perlu membiasakan dirinya dengan kemahiran baru dengan pantas kerana apabila Irina salah sangka Renesmee sebagai “immortal child", seorang budak yang telah bertukar menjadi puntianak, pihak Volturi mula merancang untuk memusnahkan Renesmee dan keluarga Cullens kerana dikatakan "immortal children" tidak boleh dikawal. Kini mereka harus mengumpulkan klan puntianak untuk menghadapi peperangan yang akan menentukan takdir mereka.


The Hobbit: An Unexpected Journey

Filem ini merupakan filem pertama dari filem epik fantasi dua bahagian arahan Peter Jackson ini. Filem adaptasi J. R. R. Tolkien ini berkisarkan pengembaraan epik Bilbo Baggins untuk menuntut kembali Kerajaan orang Kerdil, Erebor yang telah lama ditakluki naga bernama Smaug. Apabila dia didatangi seorang ahli sihir bernama Gandalf the Grey, Bilbo bersetuju untuk menyertai 13 orang kerdil yang dipimpin pahlawan legenda, Thorin Oakensheild. Pengembaraan mereka akan membawa mereka ke Wild, melewati alam yang penuh bahaya yang diduduki Goblins dan Orcs, Wargs dan Labah-labah Gergasi, Shapeshifters dan ahli sihir. Sekalipun matlamat mereka adalah Timur, mereka perlu melepasi terowong goblin terlebih dahulu, di mana Bilbo bertemu dengan satu makhluk yang akan mengubah hidupnya untuk selamanya - Gollum.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-