Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, December 28, 2011

Yusry -Lisa adalah yang terbaik dan penyayang

Share








Perkenalan diantara Lisa dan Yusry sememangnya dilihat agak moden dimana mereka menggunakan medan sosial BBM (Blackberry messenger) sebagai tempat untuk mereka mengenali antara satu sama lain. Perhubugan mereka sebagai kawan berlanjutan di bbm lebih kurang setahun. Selepas itu barulah Lisa akui mula mengenali sikap Yusry yang sebenarnya seorang yang rendah diri dan senang didekati.
Ditanya mengena nilai hantaran dan tema untuk perkahwinan yang bakal berlangsung tidak sampai 2 bulan ini Lisa menjawab dia sebetulnya masih tidak memikirkan mengenai itu “ Saya tidak mempunyai perancangan mengenai tema atau apa yang akan saya pakai untuk perkahwinan ini, apa yang saya pentingkan adalah kehidupan selepas bergelar suami isteri kelak”.

Disogok soalan mengapa Lisa yang menjadi pilihan Yusry, beliau menjawab dengan penuh yakin bahawa “ Saya mengenali dia setahun dan pada masa tersebut saya sedang sibuk dengan penggambaran Vikingdom, saya tiada masa untuk keluar ke sana ke mari seperti pasangan lain tapi itu tidak menjadi masalah kepada Lisa, dia tidak pernah lupa untuk pergi ke set penggambaran untuk berjumpa saya, dari situ saya dapat rasakan bahawa dia adalah yang terbaik dan seorang yang penyayang. Saya mengambil masa yang agak lama untuk membawa Lisa berjumpa keluarga dan setelah merasakan dia sesuai saya bawa dan dari situ dapat lihat, Lisa senang bercampur dan cepat mesra”.

Lisa surihani yang telah dirisik oleh keluarga Yusry semalam (23 Disember 2011) kelihatan memakai cincin pemberian Yusry menambah bahawa kalau boleh mereka tidak mahu perkahwinan yang terlampau dicanang sebagai “Wedding of the year” cukuplah sekadar “Simple But elegan”.

Seperti kebiasaan artis, pasti akan ada pihak yang ingin menaja perkahwinan selebriti, ini juga yang terjadi di antara Lisa Surihani Dan Yusry dan apabila dikatakan pihak Astro akan menaja sepenuhnya perkahwinan mereka. Ditanya Yusry mengatakan bahawa itu semua tiada kaitan antara dia mahupun Lisa. “itu semua tiada kaitan di antara saya, itu harus ditanya kepada orang yang bertanggungjawab menguruskan Lisa,Metrowealth, saya tiada hak untuk menjawab dan tidak tahu mengenai perkara tersebut. Tapi jika ditawarkan kami tiada masalah”.

Lisa surihani ditanya mengenai adakah dia akan berhenti berlakon dan fokus sepenuhnya kepada kehidupan bersuami isteri. Lisa menjawab “ saya tidak akan berhenti berlakon, insyaallah kalau ada rezeki saya masih berlakon. Perkara ini pernah saya bincangkan kepada Yusry dan dia tidak ada masalah tentang itu”. Mereka mengakhiri perbualan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-