Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, December 28, 2011

Video Pengumuman :Yusry dan Lisa bakal bernikah 23 February 2012

Share







Walaupun agak terlambat untuk sensasi update post nie..namun haruzz di masukkan jugak...


Sidang media yang berlangsung pada Sabtu lepas sememangnya telah dijangka oleh semua orang yang mereka berdua akan berkahwin tahun hadapan.Ini kerana Astro awal-awal dah booking nak jadi penyiar rasmi perkahwinan gilang gemilang Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim..

Nama Lisa mula melonjak naik selepas membintangi filem Im Not Single..Lisa sememangnya cun melecun sekaligus menarik minat semua orang tak kira lelaki mahupun perempuan..

Tak sangka akhirnya Lisa bertemu jodoh juga dengan Yusry..hehe...

sebelum ini Uncle Seekerz ada membuat ramalan kononnya pasangan ini akan berpisah dan tak akan berkahwin...booo sama dia..

Tahniah diucapkan kepada Lisa dan Yusry..tak sabar nak tengok wedding of the year..

Dari awal dah jangka mesti ada jodoh derang nie tengok mata dengan mulut pun dah nak sama..hehe



"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini bila keluarga telah mengetahui mengenai perkara ini baru akan diberitahu kepada media tentang tarikh perkahwinan kami. Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak," ujarnya.
Yusry dan Lisa membuat pengumuman itu dalam satu sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya, Sabtu. Dalam pada itu, Yusry memberitahu pihak keluargannya juga telah pun merisik Lisa dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Jumaat malam.

Ujarnya, majlis tersebut diadakan secara ringkas dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan telah memberikan sebentuk cincin sebagai tanda.

Sementara itu, Lisa berkata, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lisa berkata, dia dan Yusry sepakat untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak terlalu mewah untuk hari bahagia mereka nanti.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-