Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, December 15, 2011

P.Diddy dan Cameron Diaz bercinta?

Share











Aktres "Charlie's Angels", Cameron Diaz dan penyanyi rap, Sean 'Diddy' Combs dilihat mesra dan intim di sebuah kelab malam di kota New York baru-baru ini.

Dipetik daripada Page Six, Diaz telah makan malam bersama rakan-rakannya sebelum bertemu dengan Diddy di kelab malam PH-D sekitar jam 1.15 pagi. Selepas memesan beberapa jenis minuman beralkohol, sumber melihat Diaz dan Diddy tidak berenggang dan bermesra sepanjang malam.

"Mereka sentiasa berada di sisi masing-masing sepanjang malam dan bercium. Malah mereka kelihatan intim ketika menari bersama," kata sumber itu.

Pasangan 'teman tapi mesra' ini pernah dilihat bersama pada Oktober lalu. Selepas itu, mereka dilihat berpelukan ketika makan tengahari di restoran Scarpetta yang terletak di Beverly Hills pada bulan lepas.

Walaubagaimanapun kedua-dua jurucakap kepada selebriti Hollywood ini menafikan bahawa mereka mempunyai hubungan cinta, sebaliknya menegaskan mereka hanya berkawan dan sedang berbincang tentang satu projek filem.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-