Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, December 5, 2011

Jalani Sidek punyai kekasih,Raja Azmi merelakan hubungan mereka

Share







jalani sidek


menerusi laporan eksklusif yang dikeluarkan akhabr Berita Harian menerusi sisipan B-Pop semalam, telah berjaya mengesan hubungan istimewa yang terjalin antara suami produser terkenal Raja Azmi iaitu Jalani Sidek bersama seorang wanita dikenali sebagai Zaleha.

Menerusi laporan tulisan Raja Nurfatimah Mawar itu, Zaleha mendakwa bahawa dia memang menjalani hubungan istimewa dengan lagenda sukan badminton berkenaan, malah tidak sedikitpun mengetepikan Raja Azmi.

Menurut ibu tunggal berkenaan, sejak mengenali mereka berdua dia telah menganggap Raja Azmi dan Jalani sebagai keluarga sendiri yang telah banyak membantunya saat susah mahupun senang terutama ketika dia terlantar di hospital tidak lama dulu.

Bagaimanpun, menurut Zaleha, dia tidak dapat mengelak daripada menyimpan hati dan perasaan bersama Jailani kerana telah jatuh hati dengan ketulusan lelaki berkenaan selain berjaya mendidik anak-anaknya dengan baik.


Saya dan Jalani rapat, hubungan kami pada tahap serius. Saya akui saya sering bersama Jalani, boleh dikatakan banyak masa saya dihabiskan dengan Jalani. Anak-anak, keluarga dan teman mengetahui tentang hubungan kami, malah saya dan Jalani tidak pernah merahsiakan hubungan ini daripada pengetahuan Raja Azmi. Saya juga rapat dan baik dengan Raja Azmi.

Seperti dijelaskan Jalani kepada saya, Raja Azmi tidak pernah menghalang hubungan kami. Malah ada ketika Raja Azmi turut bertandang ke rumah saya, begitu juga saya. Kami saling mengunjungi. Hubungan saya dengan Raja Azmi tidak pernah bermasalah. malah saya menyayanginya sebagai kakak, begitu juga Raja Azmi menganggap saya sebagai adik.

jalani sidek

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-