Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, December 1, 2011

Memey Lega dan Puas dapat Bermanja dengan Norman

Share








"Alhamdulilah, terus-terang kini saya rasa sangat tenang dan bebas dengan kehidupan saya. Lega dan puas rasanya bila dapat bermesra dan bermanja dengan Norman dengan tenang.

"Saya sudah tidak perlu memikirkan apa orang mahu cakap tentang diri saya kerana kami kini sudah sah sebagai suami isteri.

"Malah, saya kini menjalani kehidupan biasa sebagai seorang isteri seperti memasak untuk suami dan juga menguruskan hal rumahtangga," katanya yang ditemui selepas pelancaran Pameran Busana Perkahwinan Mutiara di Muzium Negara, petang semalam.

Sungguh pun begitu kebahagiaan sebenar berumahtangga belum dapat dikecapai sepenuhnya, apabila dia dan suami sudah pun terpaksa berjauhan selama sebulan kerana Memey menjalani penggambaran dua drama bersiri iaitu Layar Impian dan Bila Waktu Menjemputmu untuk RTM di Semporna, Sabah.

"Mungkin inilah pengorbanan saya untuk mencari rezeki. Bayangkan saya hanya cuti kahwin selama seminggu sebelum menjalani penggambaran drama TV3, Nilapura di Ipoh.

"Selepas tamat sahaja penggambaran Nilapura, saya terus sambung penggambaran di Semporna iaitu sejak 2 November lalu.

"Jika nak ikutkan, inilah kali pertama saya berjauhan dengan Norman dalam jangka masa yang agak lama. Sebelum kahwin pun, kami tak pernah berjauhan seperti ini.

"Pada mulanya, dia agak keberatan untuk melepaskan saya, namun saya sendiri yang terlalu mahu jayakan drama ini. Lepas lama dipujuk, akhirnya dia benarkan juga saya pergi," jelasnya.

Namun begitu, Memey akui pada awalnya dia tidak dapat menahan sedih apabila terpaksa berjauhan dalam jangaka masa yang lama.

"Saya sedih hingga menangis pada mulanya untuk membiasakan diri bila berjauhan dengannya. Masuk minggu kedua baru saya boleh biasakan diri dan cuba menyibukkan diri dengan kerja di sana.

"Dalam masa yang sama juga, saya kasihan padanya yang terpaksa bersendiri kerana tiada siapa yang hendak uruskan makan pakainya.

"Namun, saya beryukur kerana dia sangat memahami kerja saya," luahnya.

Memey yang bakal menamatkan penggambarannya di Semporna pada 5 Disember ini mengakui dia kini merancang untuk menimang cahaya mata tahun hadapan.

"Kami memang merancang. Mungkin dalam setahun dua, tapi bukan dalam masa terdekat ini. Namun semua itu bergantung kepada rezeki Tuhan," katanya.

8 comments:

Anonymous said...

mmglah ko suka dapat bermanja..sbb ko amek hak org..cuba kalau norman tue kna rampas dan perempuan tue keluarkan ayat kat media "saya puassssss dapat bermanja dgn abg norman" apa ko rasa..?? masa tue baru ko tahu keruknyer hati ko..puih..

Anonymous said...

sebab tu orang suruh kawin cepat. dah halal kan senang...dulu hati tak tenteram sebab haram.

Anonymous said...

haih . setuju . jangan nanti nanges tak berlagu sudah la . hak kau pulak kene rampas dengan orang .

Anonymous said...

DH AMEK HAK ORG PUAS LA ,XRETI PK KE KLU BEKAS BINI DIA BACA,APA BINI DIA ASA,KO AMEK LAKI DIA,DH DPAT,KO BWA KUAR STATEMENT CMNI.ISH3..JNGAN SMPAI APA YG KO BUAT NIE,KENA BATANG HDUNG KO LAK YE.. :) NGES LA KO CM POMPN GILA..HAHAHA...

kami benci PERAMPAS said...

dah jadi hukum karam dlm kehidupan, apa yg kita ambil/rampas dri org tulah yg akn jdi pd kita balik.walaupun pd hakikatnya memg suratan jodoh dah tertulis antara mereka, tp 'dosa' dye mengambil or mbina masjid ats keruntuhan r/tangga dan airmata org lain..tetap dia akn lalui balasannya.. dia xkan dpt lari dri hukum karma yg dah termaktub ni.allah tu maha adil.dia (memey) akan rasa jgk nti sme cm apa y ex wfe norman rasa..bru lah itu dnamakan keadilan..

Anonymous said...

hahaha padan mke ko...muke je cantik..hati mcm tahi aku..

Jess Freena said...
This comment has been removed by the author.
Jess Freena said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-