Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, December 9, 2011

Khairul Fahmi Che Mat hadiahkan ayah sebuah Banglo dan buat keluarga bangga

Share







Walau sekaya mana pun kita kalau kita tak berjasa kepada orang tua atau keluarga pasti kita takkan merasa puas.. Dapat jugak berkat ...Bangga seorang ayah terhadap anak yang mengharumkan nama negara dan nama keluarga..bahkan mengubah nasib keluarga yang miskin.

Alhamdulillah..Sensasi puji sikap KFCM yang banyak membantu keluarga dan berusaha gigih lagi untuk berjaya. Walaupun banyak dihimpit kontroversi dengan gossip tapi Hero malaya nie tetap menjadi pujaan ramai..

Ape yang Sensasi dan rakyat Malaysia harap,Semoga KFCM meningkatkan lagi prestasi dan mengurangkan kontroversi..hehe..

Dengar kate selebriti Indon pun mengaku meminati KFCM...sape tue nama dia Nikita Willy ke..

Sensasi saje je guna gambar KFCM yang berambut panjang sket...jambu ok..aha


“Dia pembela nasib keluarga kami,” luah Che Mat Husin, 59, bapa kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, mengenai niat anaknya mahu menyerahkan rumah banglo diberikan kerajaan negeri kepada keluarganya

Menyifatkan Khairul Fahmi sebagai anak bertanggungjawab, Che Mat mengakui berbangga setiap kali anaknya meraih kejayaan besar, lebih-lebih lagi mengharumkan nama negara termasuk menjuarai Piala AFF Suzuki ketika beraksi sebagai penjaga gol, setahun lalu.

“Sebagai ayah, kejayaannya membuatkan kami sekeluarga bangga dan tidak sia-sia membesarkannya walaupun dia terpaksa mengharungi susah payah dilalui keluarga kami suatu masa dulu akibat kemiskinan.

“Ketika di kemuncak, dia (Khairul Fahmi) tidak lupa diri. Kesediaannya menyerahkan rumah berkenaan kepada keluarga atas rasa tanggungjawabnya,” katanya. Khairul Fahmi yang dihubungi kelmarin, berkata dia mahu menghadiahkan rumah banglo itu kepada keluarganya.

Bagaimanapun, kerana kesuntukan masa dan perlu menjalani latihan insentif menghadapi tiga perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dengan beberapa kelab bola sepak termasuk Sydney FC di Sydney, Australia, pada 10 hingga 22 Disember ini, menyebabkan Khairul Fahmi tidak dapat bercakap panjang.

Che Mat berkata, dia terharu apabila mengetahui Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek berhasrat menghadiahkan banglo di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa kepada keluarga sebagai membalas pengorbanan orang tuanya.

“Kami bersyukur kerana kejayaannya mendapat perhatian banyak pihak, malah nasib keluarga kami berubah kerana dia banyak membantu keluarga.

“Dia (Apek) tidak pernah membelakangi keluarga meskipun sibuk, malah selepas berjaya, dia menjadi harapan membela nasib kami sekeluarga,” katanya.

Che Mat yang bekerja sebagai pemandu lori pasir sejak 20 tahu lalu, kini mampu tersenyum dan tidak putus bersyukur dengan kejayaan dicapai anak keempat daripada lima beradik itu.

Katanya, keluarganya berasal daripada golongan miskin dan tidak menduga kerjaya Apek sebagai pemain bola sepak mampu mengubah nasib keluarga.


Banglo yang dihadiahkan oleh kerajaan Kelantan kepada KFCM dan dihadiahkan pula oleh KFCM kepada Keluarga tercinta..

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-