Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, December 17, 2011

Kereta Mewah BMW milik Fasha Sandha yang dihadiahkan seseorang hilang di depan Salun Chinta miliknya

Share









Baru-baru ini Awie baru saja kehilangan Estima,kemudian ND Lala dirompak 10 orang Mat Rempit..Terbaru pula,kereta BMW 325i milik Fasha Sandha pula hilang di Wangsamaju


Fasha Sandha, 27, mengesahkan kereta mewah miliknya hilang dipercayai dicuri.

Kejadian itu dikatakan berlaku di tempat letak kereta berdekatan salun miliknya di Wangsa Walk, di sini, Jumaat.

"Saya akui kereta milik saya hilang dan satu laporan polis telah pun dibuat.

"Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem Penanggal di sini, Jumaat.

Ditanya dengan lebih lanjut mengenai kehilangan kereta itu, Fasha enggan memberi sebarang ulasan sebaliknya mengelak untuk menjawab soalan wartawan.

“Hanya seringkas itu sahaja saya boleh cerita,” katanya.

Difahamkan kereta mewah yang hilang itu merupakan hadiah daripada seseorang buatnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fasha menjelaskan dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan apabila gambarnya memakai busana pengantin tersebar di laman blog yang turut dikaitkan kononnya dia ingin berumah tangga.

"Insya-Allah jika sampai jodoh saya akan berkahwin dan apabila sudah bersedia saya akan maklumkan kepada semua. Saya tidak mahu bercakap mengenainya terlalu awal," katanya.




No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-