Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, December 5, 2011

Gossip Murai: Artis Perempuan bertudung mahu kekasih pemain Bola Sepak Negara

Share







Sebolehnya, Murai Batu malas nak melayan kisah seorang aktres yang cun ini. Yelah, sebelum ini pun pernah kecoh dengan cerita kontroversinya. Sana-sini orang mendengarnya sambil naik menyampah.

Murai Batu pun merasakan perkara sebegini tidak begitu manis kerana dengan imej bertudung yang dibawanya, terlalu banyak sangat isu kontroversi melanda dirinya.

Yalah, dia sangat disukai ramai kerana imej santunnya serta bertudung. Malah kerana kontroversi yang melandanya, ramai peminat sudah pun lari. Apatah lagi bila semakin ramai artis wanita sekarang yang memilih untuk bertudung litup.

Bagaimanapun, jika Murai Batu tidak menyampaikan hal ini, mesti ada pula merasakan Murai Batu seorang yang pilih bulu.

Kepada artis berkenaan, janganlah marah pada Murai Batu.

Memang Murai Batu tak dapat nafikan, di mana saja Murai Batu berada, orang akan asyik menyebut nama Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan juga Nazmi Faiz.

Murai Batu merasakan, populariti mereka nyata lebih hebat atau setanding dengan artis yang tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 (ABPBH 25).

Sampaikan Murai Batu terfikir, apa salahnya kalau pihak ABPBH mewujudkan kategori baru iaitu atlet sukan popular. Mesti meletup kan?

Apa kena mengena personaliti sukan ini dengan artis bertudung yang Murai Batu maksudkan itu?

Dengarnya, selepas reda kes kontroversinya sebelum ini, Murai Batu dengar aktres ini semakin rapat dengan pemain bola sepak negara.

Kata sumber Murai Batu, pelakon ini mahu cari pengganti kekasihnya dikalangan pemain bola sepak yang baru saja mengharumkan nama negara. Betul ke?

Siapakah gerangan pemain bola sepak yang mahu dipikat aktres ini, itu tidak pula Murai Batu tahu.

Apapun, sewaktu skuad bola ini tiba dari Indonesia selepas membawa pulang kejayaan, aktres ini sudah pun berada di lapangan terbang untuk menunggu pemain bola pujaannya itu.

Namun, kesedihan melanda dirinya kerana waktu itu, dia tidak dapat berjumpa dengan pemain bola sepak berkenaan disebabkan terlalu ramai peminat bola sepak.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan tidak putus asa dengan mengejar skuad bola sepak itu sehingga ke hotel pengginapan mereka.

Setiba-tibanya di sana, aktres berkenaan telah berpeluang merakamkan gambar dengan pemain pujaannya itu.

Oleh kerana terlalu teruja,pelakon berkenaan telah berkongsi gambar tersebut dengan peminatnya untuk tatapan bersama.

Dalam hal ini, Murai Batu tidak merasakan perbuataan pelakon ini sebagai satu perkara yang salah.

Mungkin juga pelakon berkenaan adalah peminat sejati pasukan Harimau Malaya kita seperti juga Murai Batu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-