Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, December 17, 2011

Gambar terbaru Norish Karman,isu mengandung anak luar nikah mengaibkan dirinya

Share









“Secara peribadi, saya anggap dakwaan palsu dan liar itu sebagai sesuatu yang melampau, tidak beretika dan tidak adil buat saya dan anak-anak.

“Tidakkah pihak yang menggembar-gemburkan gosip itu terfikir, saya mempunyai anak-anak yang juga akan terkena tempias tuduhan itu?” luahnya

“Saya berasa sedih apabila perlu menjelaskan kepada anak-anak bahawa cerita itu adalah dakwaan palsu.

“Mujurlah anak-anak saya sangat memahami, terbuka dan enggan melayan provokasi melampau itu. Malah, saya bertuah kerana mereka setia menyokong di sisi pada waktu begini,” katanya.

“Saya berdiam diri kerana sibuk membuat persiapan dan mencari material yang berkualiti untuk album sulung saya pada tahun depan.

“Jadi, tidak perlulah saya hendak kecoh-kecoh memberitahu semua orang setiap perkembangan saya pula.

“Apabila orang menuduh saya macam-macam, saya berasa sedih tetapi saya tiada masa untuk melayan fitnah sebegini,” katanya.



Bagaimanapun mungkin kerana tertekan atau kurang sihat ,Norish dikatakan kelihatan lemah dan lesu serta tiada persiapan rapi semasa melakonkan watak dalam pementasan Monolog .

Sebelum ini Norish dikatakan seorang pelakon teater yang sering mendapat pujian kerana energi yang ditunjukkan tapi kali ini sangat berbeza.


"Tidak seperti biasa, kemunculan Norish pada pementasan itu gagal memberikan impak. Persembahannya ketika menyampaikan monolog Drama Bukan Dejavu arahan Rosminah Tahir kurang menyerlah.

Lontaran suaranya lemah dan pergerakannya juga kelihatan terbatas. Malah, dia satu-satunya pelakon yang menggunakan mikrofon kecil yang dilekatkan di pipi untuk membolehkan suaranya didengar khalayak.

Bahkan, pelakon Sayang Salmah ini juga dilihat memegang kertas, yang dikatakan membantunya mengingati dialog yang perlu dilontarkan pada persembahan berkenaan. Jelas sekali, dia seperti tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diberikan. Sedangkan, kemunculan di pentas teater seperti itu bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main, apatah lagi dalam kalangan penggiat seni persembahan."

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-