Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, December 15, 2011

Fizo Omar Dianiaya ,hutang 2.5 juta boleh diisytihar Muflis

Share







Kesian Sensasi dengar cerita pasal kes bank mengejar Fizo Omar kerana hutang 2.5 juta yang dilakukan oleh kenalannya dnegan menggunakan nama Fizo sebagai penjamin.

Apa yang penting dalam segala urusan yang meilbatkan wang haruslah ada black and white sebenarnya.Kalau Fizo dha keluar dr syarikat Sensasi harap adalah black n white document untuk support kenyataan Izo.Tanpa hitam putih dokument semuanya boleh di tipu dan dianiaya..

Kalau Fizo diisytihar muflis,memang naya je tak boleh ada pape harta semua dirampas bank..
huhu..

Sensasi harap masalah Fizo dapat diselesaikan dengan baik.

“Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.

“Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan.

“Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam.


Menurutnya, dia mengambil masa setahun menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan melalui pelbagai dilema sebelum tampil mendapatkan bantuan di SukaGuam.

1 comment:

Anonymous said...

Salam ziarah dari blogger daimpressive (Serak Itu Suatu Abstrak, Nampak Nyata, Boleh Dirasa, Kedengaran Ada, Tapi Fizikalnya Tiada. Arena perkongsian ilmu dan budi, perundangan, santai dan sukan.).

Sila layari link berikut untuk sedikit kupasan dari sudut perundangan:

http://suaraserak.blogspot.com/2011/12/fizo-vs-bank-2011-bahagian-i.html

dan

http://suaraserak.blogspot.com/2011/12/fizo-vs-bank-2011-bahagian-ii-secara.html

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-