Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, December 27, 2011

Beraksi seperti Pelacur, Liena Hangat jelaskan hanya jalankan tanggungjawab sebagai Penghibur

Share







Beberapa hari balik kampung menjenguk mak dan adik-adik ,pergi berjalan-jalan sampai rasa nak demam..Kat kampung plak takde internet huhu,tak dapatlah nak meng-update blog..

Terus demam lepas melihat aksi mejelikkan dari penyanyi dangdut Liena Hangat yang sungguh "murahan" .

Menurut seorang kakitangan syarikat yang turut menyaksikan persembahan pada malam itu

"Saya faham dia penghibur, tapi persoalannya apa perlu berkelakuan ghairah sebegitu? Kawan kawan yg bukan muslim yang hadir ke majlis ini majoritinya mempersendakan kami dek kerana perlakuan si penyanyi ini. Sungguh memalukan. Sudahlah pakaiannya sebegitu rupa ditambah pulak dengan adegan menggesel bontot pada kemaluan lelaki lain berpelukan rapat tak kira siapa melagakan buah dada dibadan lelaki aksi split di atas pentas dgn skirt yg amat mini
sampai ke tahap itu kesanggupannya atas lesen menghibur? Keji! Memualkan!
"

Namun menurut Liena hangat dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penghibur..perlukah menghiburkan org dengan cara "menjual maruah diri"lebih lagi apabila dia merupakan seorang yang beragama Islam,dan bersuami pula...

Suami tak marah ker?bergesel-geselan dengan lelaki lain....huuhu


Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Hanya kerana gambar tersebar luas di internet, penyanyi dangdut, Leina hangat dituduh sebagai artis yang sanggup menjual diri. Berdasarkan laporan akhbar Metro Ahad, penyanyi yang agak menyepi dari pena media ini terkejut apabila dirinya didakwa sanggup berkelakuan seperti pelacur.

Bagaimanapun, dengan rendah hati Leina atau nama sebenarnya, Nor Azlina Abdul Rahman, 39, mengakui dirinya memang berpakaian seksi dan menjelaskan situasi yang berlaku tatkala foto berkenaan diambil. Lebih berani lagi, penyanyi ini turut memohon jasa baik masyarakat supaya tidak menghentam dirinya yang mencari rezeki sebagai penghibur.

"Dengan rendah diri, saya hanya melengkapkan tugasan saya dengan menghiburkan tetamu, bukan menjual diri dengan adengan mengiurkan. Memang saya berpakain seksi tetapi itu keselesaan saya.

"Saya masih tahu batasnya dan saya tahu apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh. Saya tidak begitu bodoh melakukan perkara tidak elok, tambahan pula dikhalayak ramai. Mungkin ada orang salah tafsir persembahan saya malam itu.

"Kenapa hanya lihat keburukan saya, sedangkan itu tanggungjawab saya sebagai penghibur? Kenapa perlu menjatuhkan saya sedangkan itu sumber pencarian saya? Saya hanya mahu jadi penghibur profesional," katanya.

Menerusi laporan itu juga, Leina mengatakan gambar tersebut diambil sewaktu dia membuat persembahan makan malam tahunan anjuran sebuah syarikat. Malam itu, Leina ditugaskan menghiburkan tetamu yang kebanyakan bukan Islam.

Leina turut menegaskan penyebaran gambar terbabit berkemungkinan dilakukan peminat yang cemburu dengan layanannya terhadap tetamu lain. Malah, penyanyi ini memberitahu hanya menyanyi dan bergelek saja pada malam persembahan itu.

1 comment:

Anonymous said...

'keras' la memasing kalo camtu punye lentuk huhu~~ dunia...dunia..apa nak jadi..perempuan dah langsung x tahu jaga maruah diri :)

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-