Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, December 14, 2011

Ahmad Dhani kerap bekam sehingga hilang banyak darah dan hampir pitam

Share








Dipetik daripada laporan Kapan Lagi, Dhani dikejarkan ke hospital selepas hilang keseimbangan dan hampir pitam selepas bangun daripada tidur.

Selepas pemeriksaan dijalankan terhadap penyanyi Dewa 19 ini, doktor mendapati sel darah Dhani berada di angka 7 daripada angka normal iaitu 12 serta telah kehilangan 1.5 liter darah merah. Malah doktor turut memberitahu beberapa kemungkinan perkara itu berlaku iaitu sama ada berlakunya pendarahan dalam badan atau kelainan darah.

Menurut sumber rapat Dhani, dia memberitahu bahawa sebanyak 100cc darah dibuang setiap kali penyanyi berusia 39 tahun melakukan terapi bekam.

Walaupun disaran melakukan pemindahan darah dengan segera untuk mengelak daripada pitam, Dhani tetap enggan melakukannya kerana tidak mahu darahnya bercampur dengan darah orang lain.

Oleh itu peguam Dhani, Lidia Wongso telah menyuruh kliennya bertemu Prof. Dr. Budi Warsono iaitu pakar hematologi di Surabaya untuk pemeriksaan lanjut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-