Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, November 29, 2011

Video Johan & Ogy mengacara FFM 24 ,Ogy mahu saman Johan

Share







Ogy dan Johan telah disatukan buat pertama kali menjadi Pengacara untuk Majlis FFM ke 24 di PICC,Putrajaya dimana pada pendapat Sensasi semasa menonton,Johan memang pandai buat lawak dan Ogy pula kelihatan begitu sporting..

Tapi disebalik kemeriahan dan lawak jenaka malam itu,rupanya Ogy memendam rasa kecewa dan marah terhadap Johan sebab membuat lawak yang baginya seolah2 merendahkan maruahnya.

Pada pendapat Sensasi Johan memang jenis yang suka buat lawak "laser" tapi taklah keterlaluan,mungkin bagi Johan menyebut Ogy sebagai "orang tua" adalah suatu yang kelakar tapi Ogy rasa seperti dihina Johan.

Ramai orang yang berpendapat Ogy nak Saman Johan memang tak patut sebab mcm takda sebab yang kukuh nak saman Johan..bukannya Johan menfitnah Ogy atau memalukan Ogy sehingga menjejaskan perniagaan,maruah atau sebagainya... saman sebab tak tahan dengan lawak kasar Johan..

Sensasi rasa Ogy hanya perlu menyuarakan ketidak puasan hati kepada Johan melalui Media dan Johan harus meminta maaf kepada Ogy kerana mungkin tak sedar Lawaknya mengguris perasaan org yang lebih tua darinya..

Ogy dulu pun memang laser dan banyak mengeluarkan statement yg boleh mengguris hati orang lain juga,tapi mungkin sebab Ogy dah semakin berumur dan memerlukan org supaya lebih menghormatinya.

Siapa yang salah skrg nie?mungkin pihak yang menyatukan mereka sebagai pengacara yang salah kot..ehe..

Jom layan Video semaa mereka menjadi pengacara FFM 24











“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.

“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro.

Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.

Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.

Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu.

Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.

Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-