Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, November 23, 2011

Temubual bersama Afdlin Shauki bersama Hans Isaac tentang Filem Fantasy "Misteri Jalan Lama'

Share










Boleh Hans ceritakan sedikit watak anda dalam Misteri Jalan Lama?
Hans:
Saya memegang watak sebagai Indra, abang kepada Ilya lakonan Que. Watak dalam filem ini berkait rapat dengan diri saya sebab saya pun keras kepala juga. Indra seorang abang yang negatif di mana dia kecewa dan kecil hati dengan bapanya.

Cabaran yang anda berdua lalui sepangjang penggambaran Misteri Jalan Lama?
Afdlin:
Bagi saya cabarannya adalah waktu pengagambaran saya telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital untuk beberapa hari. Kebetulan waktu itu tengah penggambaran babak besar. Tapi saya bersyukur kerana Hans mengambil alih tugasan saya dan menolong saya mengarah untuk babak tersebut.

Hans: Cabaran saya adalah ketika mengambil alih tugas Afdlin. Waktu itu saya baru mula untuk mengarah tapi saya cuba buat yang terbaik. Setiap kali lepas habis penggambaran saya akan ke hospital dan tunjuk pada Afdlin okey atau tidak hasil kerja saya. Saya takut apa yang dia nak, saya tak dapat bagi.
Selain itu, 2 bulan setengah saya tak boleh cukur jambang. Saya juga kena minum banyak air untuk memboyotkan perut dan membesarkan badan.

Apa yang membuatkan Afdlin untuk membuat filem Misteri Jalan Lama kerana sebelum ini Afdlin sememangnya terkenal dengan filem bergenre komedi dan kekeluargaan?
Afdlin:
Saya memang minat dengan filem-filem yang bergenre fantasi dan saya dibesarkan dengan cerita-cerita fantasi. Sebenarnya saya memang idamkan untuk membuat sebuah filem yang bergenre fantasi. Dalam filem ini juga saya ada menyelitkan elemen – elemen komedi dan kekeluargaan tapi lebih fokus pada perhubungan antara adik-beradik.

Boleh ceritakan kerjasama Hans dan Que sepanjang penggambaran?
Hans: Kerjasama dengan Que okey cuma kadang-kadang dia hilang fokus. Pada hari yang saya mengarah saya perlu memberitahu kepada dia bahawa dia kena fokus kerana filem ini bukan untuk dia tapi untuk semua yang terlibat. Que merupakan seorang pelakon yang bagus.

Apa komen Hans dan Afdlin tentang ketidakhadiran Que pada malam tayangan ini dan hasil kerja Que dalam Misteri Jalan Lama?
Afdlin: Sebagai pelakon, dia dah lakukan kerja yang baik, jadi saya tak akan memberi komen negatif pasal dia. Lagipun, saya tak rasa apa-apa tentang ketiadaannya di sini. Saya tak ada masalah dengan dia sebab saya suka bekerja dengan pelakon yang bagus. Saya sendiri melabelkan dia sebagai pelakon yang bagus di Malaysia. Saya sayang dia sebagai seorang pelakon, tapi jika dia sendiri tidak mahu, kita tak boleh nak buat apa-apa. Apa yang penting, filem saya dah jadi. Terima kasih kepada pelakon lain yang datang.

Hans: Que telah melakukan kerjanya sebagai seorang pelakon dengan baik dalam filem ini. Cuma saya kecewa dengan dia kerana tidak mahu belakon lagi kerana dia seorang pelakon yang bagus.

Kenapa filem ini mengambil masa yang lama untuk di keluarkan?
Afdlin:
Filem ini mengambil masa yang lama kerana terdapat babak yang memerlukan CGI. Untuk melakukan CGI agak susah dan dan mengambil masa yang panjang.
Harapan untuk Misteri Jalan Lama?
Afdlin:
Saya harap filem ini akan Berjaya dan mendapat sambutan. Filem ini sangat penting dalam kerjaya saya sebagai seorang pengarah kerana ini merupakan filem serius pertama saya.
Hans: Sama macam Afdlin juga, saya berharap filem ini akan berjaya dan mendapat sambutan. Filem ini adalah sebuah filem yang menarik dan bagus.
Terima Kasih Hans dan Afdlin?
Hans dan Afdlin: Sama-sama.

Sahabat baik. Hans Isaac & Afdlin Shauki


No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-