Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, November 17, 2011

Robert Pattinson,Kristen Stewart dan Taylor Lautner sebelum membintangi Filem Twilight

Share







Tak sabar nak menonton filem terbaru twilight "Breaking Dawn" dimana Bella akan berkahwin dengan Edward kemudian mengandung anak pontianak..

Cuma satu je benda yang Sensasi perasan dalam filem Twilight nie,Bella yang merupakan watak utama adalah agenda utama semua org untuk menyelmatkannya....kadang kadang rasa annoying jufgak..tapi itulah hakikat jalan ceritanya..

Sebelum mereka menjadi bintang kegilaan ramai seelah membintangi Twilight,ketiga-tiga mereka pernah membintangi filem lain..jom tengok sejarah lakonan mereka.

Kristen Stewart



Sebelum Twilight Saga: Masih ingatkah anda dengan watak Kristen sebagai anak perempuan kepada Jodie Foster dalam filem "Panic Room"? Memegang watak sebagai Sarah Altman di usia 12 tahun, nama Stewart mula dikenali di Hollywood. Selepeas itu dia mula membintangi filem seperti "Zathura", "The Messengers" dan "Into The Wild" sebelum ditawarkan watak Bella Swan dalam "The Twilight Saga".




Sebagai Bella Swan: Gadis ini hanya hidup untuk satu perkara sahaja dan ia adalah seorang lelaki bernama Edward Cullen. Bella jatuh cinta kepada Edward selepas berpindah ke Forks, Washington untuk tinggal bersama bapanya. Cintanya terhadap Edward kekal utuh walaupun mengetahui seluruh keluarga Cullen adalah puntianak. Dalam filem "New Moon", Bella menyuarakan keinginan untuk bertukar menjadi puntianak tetapi permintaannya itu dihalang oleh Edward. Pada masa yang sama, teman baiknya Jacob Black berusaha untuk mendapatkan cintanya. Jacob adalah seorang lelaki daripada puak natif Amerika yang boleh bertukar menjadi serigala. Bella menjadi tunangan Edward dalam filem "Eclipse" dan perkahwinan mereka akan berlangsung dalam "Breaking Dawn".


Selepas Twilight Saga: Walaupun bahagian kedua "Breaking Dawn" dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2012, Stewart telah ditawarkan membintangi filem terbaru adaptasi kisah fantasi Snow White arahan Rupert Sander berjudul "Snow White And The Huntsman". Stewart memegang watak utama yang dilatih oleh Huntsman (lakonan Chris Hemsworth) untuk menjadi pahlawan yang akan menentang ratu syaitan jahat, Raveena (lakonan Charlize Theron.


Robert Pattinson


Sebelum Twilight Saga: Dilahirkan pada 13 Mei 1986, aktor berasal dari England, United Kingdom ini mencipta populariti ketika memegang watak sebagai Cedric Diggory dalam filem francais terkenal, "Harry Potter And The Goblet Of Fire". Ketika terlibat dengan "Twilight", Pattinson turut terlibat dengan beberapa buah filem lain seperti "Little Ashes", "Remember Me", "Water For Elephants" dan "Bel Ami".


Sebagai Edward Cullen: Pattinson menjadi kegilaan semua gadis dan wanita di seluruh dunia apabila terpilih memegang watak Edward Cullen dalam "The Twilight Saga". Edward adalah kekasih sehidup semati kepada Bella Swan walaupun hakikatnya dia adalah seorang puntianak yang berpura-pura berusia 17 tahun dan masih belajar sedangkan usia sebenarnya sudah menjangkau usia beratus tahun. Bapa angkat Edward, Carlisle Cullen adalah orang yang bertanggungjawab menukarnya menjadi puntianak bagi mengelak dia mati akibat virus. Dalam "New Moon", Edward tidak dapat menerima kehendak Bella yang ingin bersedia ingin menjadi puntianak. Oleh kerana bimbang keselamatan Bella terancam, Edward bertindak meninggalkannya. Pasangan ini bertunang dalam filem "Eclipse" dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam "Breaking Dawn".


Selepas Twilight Saga: Pattinson bakal muncul dengan filem seterusnya berjudul "Cosmopolis" yang jangka ditayangkan pada 2012. Filem yang diadaptasi daripada novel tulisan Don DeLillo ini diarahkan oleh David Cronenberg mengisahkan seorang jutawan berusia 28 tahun yang sanggup ke Manhattan semata-mata untuk menggunting rambutnya. Wow!


Taylor Lautner


Sebelum Twilight Saga: Masih ingatkan anda kepada watak Sharkboy yang dipegang oleh Taylor Lautner dalam filem "The Adventures Of Sharkboy And Lavagirl"? Dilahirkan pada 11 Februari 1992, Lautner memulakan kariernya pada tahun 2011 dengan memegang watak-watak kecil dalam drama bersiri seperti "My Wife And Kids", "The Bernie Mac Show" dan juga filem "Cheaper By The Dozen 2". Namun Lautner menapak namanya dalam industri perfileman dengan watak Sharkboy sebelum menjadi kegilaan ramai dengan watak Jacob Black dalam "The Twilight Saga".



Sebagai Jacob Black: Lautner telah terpilih memegang watak Jacob Black iaitu seorang jejaka puak natif Amerika yang boleh bertukar menjadi serigala berkawan baik dan mempunyai perasaan terhadap Bella Swan. Ketika dalam pembikinan "New Moon", Lautner hampir digantikan dengan aktor Michael Copon kerana kriteria badannya tidak sesuai untuk membawa wataknya kali ini. Namun penerbit membatalkan rancangan tersebut apabila Lautner berjaya mendapatkan tubuh badan yang sasa dan tegap. Tidak dinafikan tubuh badan barunya itu membuatkan Lautner menjadi kegilaan ramai. Dalam filem ini, Jacob cuba melindungi Bella daripada ancaman bahaya puntianak dan pada masa yang sama mendapatkan cintanya. Jacob tidak menyukai Edward Cullen yang berjaya mendapatkan hati Bella.



Selepas Twilight Saga: Walaupun "The Twilight Saga" masih belum tamat, Lautner sudah bersedia untuk mengekalkan popularitinya dalam arena Hollywood. Dia pernah membintangi filem "Valentine's Day" di samping kekasihnya ketika itu, penyanyi terkenal Taylor Swift. Terbaru Lautner muncul dengan filem aksi berjudul "Abduction" di samping Lily Collins dan mereka dikatakan jatuh cinta di set tetapi putus selepas tamat penggambaran. Lautner kini dalam pra-produksi filem "Incarceron" yang jangka ditayangkan pada tahun 2013 mengisahkan seorang banduan muda bernama Finn dan anak warden penjara, Claudia (lakonan Maria Juan Garcias) mencari kunci pembebasan untuk mereka berdua.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-