Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, November 23, 2011

Penulis novel Ombak Rindu tidak berpuas hati dengan Filem tersebut

Share







Sensasi memang minat betul dengan Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari..

Al-kisahnya dulu sensasi zaman sekolah,beli majalah remaja,di ruangan Novel (bersiri) Novel Ombak Rindu dipaparkan ..pada setiap keluaran majalah Remaja akan ada sambungan..masa tue sensasi tak tahu Novel tue boleh beli je kat kedai..ingatkan memang khas utk majalah remaja...


Memang starting pun dah best sampaikan sensasi tak miss beli majalah Remaja semata-mata nak baca Novel Ombak rindu..beli je magazine terus bukak ruangan Novel...Syiok woo..

Khatam sudah Novel Ombak rindu yang mengambil masa lama nak habis menerusi majalah Remaja...tetiba satu hari kat skolah,member bwk Novel tajuknya Ombak Rindu...okey teruja skjp..terus mintak pinjam,lagipun kwn baik sensasi yg punyer..Baca Novel nie memang syahdu giler siap nanges2..


Selain Ombak Rindu ,Novel yang legend ialah Novel Lagenda Budak Setan,Kau Untukku..dan ermm...mostly sensasi baca dulu Novel2 Ahadiat akashah, Fauziah dan...arghh lupa lah nama pengarang...Disebabkan minat sgt baca Novel,sensasi pernah bercita2 nak buat sebuah Novel..memang sensasi dah tulis berjela2 panjangnya...hehe menarik ,cuma tak dipublish je sebab tak hantar pegi mana-mana publisher..saje sukex2.. Lol..

Sebagai pembaca novel karya2 unggul mereka ini,Sensasi agak particular dgn detail filem tue,mcm filem lagenda budak setan memang sensasi terkuciwa dgn jalan citer yg byk x memaparkan kisah sbnr dan detail dlm Novel..Hopefully filem Ombak Rindu nie tak begitu mengecewakan lah hendaknyer...


Tapi baru-baru nie semasa pelancaran Filem Ombak Rindu,penulis Novel menyuarakan ketidak puasan hati terhadap Filem tersebut...apekah? oh nooo... Whatever it is..i must go and watch juagk2 filem nie..


Komen Penulis Novel Ombak Rindu-Fauziah Ashari


Penulis novel Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari tidak berpuas hati selepas menonton filem bertajuk sama yang diadaptasi dari novel nukilannya. Penulis novel tersebut bagaimana pun mengakui agak sukar untuk membandingkan novelnya dengan filem tersebut.

“Sejujurnya saya tidak berpuas hati dengan filem ini. Memang agak sukar untuk menilai dan membandingkan dengan novel. Apabila kita membaca novel yang mengambil masa 5 jam, tentu sekali apabila ke medium filem ia hanya menjadi 2 jam. Saya melihat terlalu banyak campurtangan di antara pengarah dan penerbit.”

Namun demikian, Fauziah akui ia adalah hak untuk membikin filem untuk berkarya dan berharap penulis novel sepertinya diberikan peluang untuk melibatkan diri dari peringkat awal.

“Namun saya berfikiran terbuka. Ia adalah hak untuk pengkarya untuk berkarya. Cuma saya berharap di masa akan datang sekiranya ada lagi peluang sebegini, pihak penerbit akan meringankan mulut mereka untuk menjemput penulis melibatkan diri sekurang-kurangnya sebagai penasihat skrip dan dialog.”

Novel setebal 563 mukasurat dan telah diulang cetak sebanyak 21 kali itu diadaptasi ke layar perak oleh Osman Ali dan Armantono.

Pengarah yang baru-baru ini menggondol anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin menerusi filem Cun! enggan memberikan komen lanjut tetapi menerima komen penulis novel tersebut dengan terbuka.

Tayangan perdana filem Ombak Rindu berlangsung di GSC Mid Valley pagi semalam. Turut hadir menyaksikan filem tersebut ialah para pelakon filem itu antaranya Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palarae dan ramai lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-