Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, November 14, 2011

Komen Chef Wan berkaitan pemalsuan pengalaman kerja Chef Riz ,anaknya

Share







"Padan muka dia, biar dia bertanggungjawab dengan apa yang telah dia lakukan," kata Datuk Chef Wan ringkas apabila diminta mengulas berhubung isu pemalsuan pengalaman kerja anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Riz.

"Memang saya terkejut kerana saya langsung tidak tahu menahu tentang perkara ini. Tapi apa yang boleh saya nasihatkan kepada Nadzry supaya meminta maaf secara terbuka dan terus maju ke depan.

"Saya menganggap perkara ini amat memalukan. Bukan saja kepada saya sebagai seorang bapa, tetapi juga kepada dunia chef dan juga industri masakan negara.

"Tapi saya sedar, kegiatan memalsukan pengalaman kerja di dalam resume oleh kebanyakan chef bukanlah perkara baru kerana sudah banyak berlaku. Sudah beberapa kali juga saya jumpa, semata-mata mahu nampak hebat," katanya.

Kontroversi ini terbongkar apabila pihak pengurusan restoran Itali terkemuka di New York, menafikan bahawa Chef Riz pernah bekerja dengan mereka.

Maklum balas itu diberikan setelah portal The Malaysian Insider menghubungi mereka berhubung profil kelayakannya yang disiarkan dalam laman web Astro Ria yang mendakwa beliau pernah bekerja sebagai 'Chef de Cruisine' dan 'Sous Chef' di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat itu iaitu 'Babbo' dan 'Le Bernardin".

Meskipun begitu Chef Wan bersikap rasional kerana beranggapan dalam apa juga jenis pekerjaan, setiap manusia perlu menempuhi jalan berduri sebelum mengecapi kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Jelas Chef Wan, anaknya itu telahpun menjelaskan sebab sebenar mengapa dia memalsukan maklumat pengalaman kerjayanya itu kerana dia tertekan dengan kebolehan individu lain yang nyata lebih hebat darinya.

"Entahlah, kata Nadzri (nama panggilan) dia rasa ada sesetengah pihak yang memandang rendah dengan pengalaman dan kebolehannya dalam bidang masakan yang telah melayakannya dipilih sebagai juri MasterChef Malaysia.

"Tapi secara peribadi, saya meraskan Nadzri telah melalui pelbagai pengalaman dalam bidang dan sebagai bapa dan chef saya amat berbangga dengan pencapaiannya. Malah apa yang saya dengar daripada pihak Astro, mereka sangat suka dengan cara Nadzri bekerja.

"Cuma nasihat saya kepadanya, supaya jangan cepat putus asa.Lagipun apa yang terjadi bukanlah sesuatu yang perlu diperbesar-besarkan kerana Martha Stewart pun pernah dimasukan ke dalam 'jail' dan keluar semula dengan semangat baru," katanya.

Sementara itu dalam kenyataan yang telah dikeluarkan pihak Astro, Chef berusia 29 tahun itu telah memohon maaf kepada penonton rancangan pencarian tukang masak terhandal, MasterChef Malaysia dan pihak Astro menerima alasan yang diberikannya dengan baik.

"Astro Ria memilih Chef Riz sebagai juri di dalam program realiti masakan ini bersandarkan pengalamannya sebagai pengusaha restoran, hos TV dan juga personalitinya," menurut kenyataan itu.

Chef Riz telah melahirkan rasa kesal dengan tindakannya itu kerana telah memberi gambaran berlebihan dengan kelayakan yang dimilikinya.

"Saya harap selepas ini tidak ada lagi yang mempersoalkan kredibiliti saya. Sangat menyesal dan berharap penonton boleh memaafkan saya. Saya buat MasterChef kerana saya cintakan bidang masakan.

"Saya mahu berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada dengan mereka yang minat memasak. Saya mahu memberi inspirasi kepada mereka.

"Insiden ini menjadi pengajaran supaya saya tidak mengulangi perkara yang sama di kemudian hari. Saya berterima kasih kepada pihak Astro kerana menerima penjelasan saya sekaligus memaafkan perbuatan saya itu," katanya di dalam laporan berkenaan.





The Malaysian Insider : KUALA LUMPUR, Nov 9 — Mohd Nadzri Redzuawan, popularly known as Chef Riz and a judge on MasterChef Malaysia, is in hot soup. In his MasterChef profile on the Astro Ria website, he claimed to have worked at two famous restaurants in the US, but checks with both of them have revealed otherwise.

The son of local celebrity chef Redzuawan Ismail, better known as Chef Wan, claimed he worked as “chef de cuisine” — also called a head chef — at the world famous Mario Batali’s flagship Italian restaurant Babbo in New York when he was only 22.

Batali is an American chef who is as famous for his signature shorts and orange Crocs as his string of restaurants in New York, Los Angeles, Las Vegas and Singapore and has starred in the “Iron Chef America” TV series.

“These claims are untrue. Mr Nadzri has never worked at Babbo,” Mario Batali’s communications director, Pamela Lewy, said in an email reply yesterday.When contacted, Chef Riz insisted he did work at Babbo. “I was there for a year, from January 2005 to December 2005,” he said.

Now 29, he also told The Malaysian Insider he worked as “sous-chef” at Le Bernardin under chef Eric Ripert — of the Asian Food Channel’s “Avec Eric” fame — before returning home to star in several TV programmes.

A sous-chef is the second in command of the kitchen and directly assists the head chef. “I took a break, a short holiday before joining Le Bernardin for two years. I was there from March 2006 to July 2008,” he said to The Malaysian Insider in a phone interview yesterday.

A publicist for Le Bernardin, Helen Medvedovsky, told The Malaysian Insider this morning after checking with the Michelin three star-rated restaurant that: “We looked into this and found out this man never worked at Le Bernardin.”

When it was pointed out that Batali’s spokesman had refuted the claim, Chef Riz said: “Aiyoh! That’s weird. I’ll be checking with them.”

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-