Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, November 15, 2011

Komen Amy Search dan Bekas Suami Nabila mengenai gambar cium mulut dan bikini

Share








Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan. Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang. Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku



“Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka,” kata Zaidy Zailani, 30, bekas suami pelakon kontroversi, Nabila Huda Suhaimi, 27, ketika ditanya mengenai gambar bekas isterinya bercium dengan seorang lelaki di sebuah pulau peranginan yang tersebar di Internet.

“Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya,” katanya sambil memberitahu Nabila sudah lama dia tidak berhubung dan berjumpa dengannya serta anak mereka, Keisha Laila yang berusia setahun lebih.

Menurut Zaidy, selepas bercerai dengan isterinya pertengahan Oktober lalu, dia mengambil alih menjaga puteri kesayangannya itu walaupun perlu bekerja seharian

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-