Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, November 3, 2011

Kim Kardashian bercerai dengan suaminya selepas 72 hari berkahwin

Share








Perkahwinan dongeng berakhir. Itulah yang berlaku kepada bintang televisyen realiti "Keeping Up With The Kardashians", Kim Kardashian yang telah memfailkan perceraian daripada suaminya, Kris Humphries di Mahkamah Tinggi Los Angeles semalam selepas berkahwin selama 72 hari.

Dipetik daripada E! Online, Kim atau nama sebenarnya Kimberly Noel Kardashian tidak menyatakan alasan sebenar perceraian tersebut berlaku tetapi memberikan kenyataan untuk menjelaskan tindakannya itu.

"Selepas berfikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk menamatkan perkahwinan saya.

"Saya berharap semua memahami kerana ia bukanlah satu keputusan yang mudah. Saya meletakkan harapan agar perkahwinan ini akan kekal buat selama-lamanya. Namun sesetengah perkara tidak terjadi seperti yang dirancang. Kami akan kekal sebagai teman dan berharap masing-masing akan berjaya," jelas Kim.

Bintang bola keranjang Kris turut memberikan kenyataan kepada E! News menyatakan rasa kecewanya apabila mengetahui Kim telah memfailkan perceraian.

"Saya cintakan isteri saya dan kecewa apabila mengetahui perkara tersebut. Saya sangat komited dengan perkahwinan ini dan segala yang berlaku. Saya sanggup melakukan apa sahaja supaya perkahwinan ini berjaya," ujar Kris yang masih lagi menyimpan harapan agar perceraian ini tidak berlaku.

Walaupun menghadapi masalah rumah tangga, ia sedikit pun tidak mengganggu tumpuan Kim terhadap kerjayanya. Dia akan ke Australia untuk mempromosi koleksi tas tangan di bawah jenama Kardashian Kollection bersama adiknya, Khloe. Diikuti pula dengan penggambaran filem arahan Tyler Perry, "The Marriage Counselor" yang akan dibuat di Atlanta.

Kim, 31, dan Kris, 26, telah berkahwin dalam satu majlis resepsi mewah pada 20 Ogos 2011 selepas enam bulan bercinta.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-