Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, November 23, 2011

Kemenangan Yuna dengan Lagu 'Penakut"(Anugerah Lagu Terbaik) di AIM ditarik balik

Share







Kontroversi betul apabila undian disalah kira dan rupanya Lagu Yuna iaitu Penakut bukanlah Lagu yang layak menerima Anugerah Lagu Terbaik AIM ke 18.

Pemenang sebenar ialah lagu "Sedetik Lebih: oleh Anuar Zain..Sensasi setuju sangat-sangat. Anuar Zain juga merupakan penyanyi yang berkaliber dan Lagu tersebut memang layak Menang..

PETALING JAYA: Penyanyi Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari tadi.

"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.

Terdahulu, akhbar pada Rabu melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-