Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, November 21, 2011

Ezlynn tergelak besar sambil menangis apabila dilamar Adam,pengurusnya

Share







Tahniah Sensasi ucapkan kepada pasangan pengantin baru ini ..iaitu penyanyi Ezlynn dan suaminya Adam.. yang memilih tarikh 20.11.2011 sebagai tarikh penyatuan mereka dengan ikatan pernikahan..

Ezlynn menerima sebentuk cincin bertahtakan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Adam bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang. Selain sebentuk cincin, Adam turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 serta wang hantaran sejumlah RM20,020.20.

Pada majlis bertunang yang diadakan sekitar jam tiga petang, pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang. Antara hantaran yang diterima Ezlynn adalah seperti kasut, senaskah Al-Quran dan tas tangan.

Sementara Adam pula, menerima hantaran berupa senaskah Al-Quran, kain songket, kemeja dan cuffling, pakaian untuk berbasikal, sepasang kasut, set haruman serta kaca mata.


Photobucket

Ezlynn dan Adam mula berkenalan pada tahun 2005. Jari manisnya disarungkan sebentuk cincin jade yang dibeli Adam di salah sebuah kedai di Phi Phi Island, Thailand dalam keadaan tergesa-gesa baru-baru ini.


"Saya tergelak besar bila Adam beritahu yang dia mahu mengahwini saya. Tapi gelak tawa saya itu diiringi air mata. Saya mengangguk tanda setuju dan berkata kepadanya mengapa dia mengambil masa terlalu lama.

"Memanglah kami sudah mengenali satu sama lain lebih enam tahun.Tapi hanya dua tahun kebelakangan ini kami rapat sebagai teman baik dan mula mengenali hati masing-masing," katanya dipetik sebagai berkata.

"Alhamdulillah,hari ini saya berasa sangat gembira kerana hari yang dinanti telah tiba dan semuanya berjalan lancar.

" Jujurnya, selepas kami tetapkan hari untuk bernikah, saya sudah tidak sabar untuk bergelar isteri. Ini adalah pencapaian terbaik bagi seorang wanita," ujar Ezlynn sebaik selesai majlis pernikahannya.

Adam telah dinikahkan sendiri oleh bapa Ezlynn, Ariffin Alang dengan disaksikan oleh Ustaz Muhammad Ridwan Mohd Yunus, Jurunikah Masjid Sg.Penchala. Majlis tersebut telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.



Photobucket
Photobucket



Photo: Media Hiburan


Photo: Media Hiburan

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-