Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, November 23, 2011

Adibah Noor nekad tak mahu kahwin selepas putus cinta 5 kali

Share









Adat bercinta,ada yang berjaya dan ada yang kecundang di tengah jalan...sesungguhnya jodoh itu sudah ditetapkan Allah S.W.T,jadi harus redha walaupun kecewa..Kata orang kalau ada jodoh tak kemana..

seharusnya kita mencintai pasangan kita sepenuh hati selepas berkahwin...sebelum kahwin tue kene lah lebih mementingkan keluarga dan diri sendiri sikit ye..kalau tak,bila putus cinta kau rasa sakit nak meroyan sebab kau dah beri segala-galanya tetiba kecundang dan terkecewa..mulalah rasa benci dan dendam..

bila dah kahwin harus cinta sepenuh hati dan taat setia gitu..berusaha utk saling membahagiakan give and take dan jangan hilang sweet talk sesama pasangan..haruz utk mengekalkan kehangatan rumah tangga..

Apapun dlm hidup kita ada pilihan,utk memilih hidup dlm kesedihan atau pilih kebahagiaan..
kene kurangkan expectation dlm sesuatu hubungan kalau ingin bahagia..jangan mengharapkan pasangan kau mesti perfect 100%...jangan asyik nak merajuk sebab pasangan x memuaskan hati..belajar utk hidup dlm imperfection lah jugak ye..barulah hati tenang..we are human and always make mistake..blaja utk saling memaafkan tp jangan sampai tak syg diri sendiri ..apepun diri sendiri penting ye,

Aha emosi plak malam-malam nie..okeh jum baca kisah Adibah Noor yang dah serik bercinta.


"Bayangkan, lima kali saya putus cinta dan semua tak mahu berkahwin dengan saya. Dan sejujurnya, saya serik dan tak mahu kahwin.

"Dengan usia sebegini, lebih baik saya jaga diri sendiri serta keluarga dan fokus pada kerjaya seni. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah mendesak, malah mereka faham dengan apa yang saya inginkan," katanya.

Tambah Adibah, sejak berstatus solo, dia mula membela kucing dan kini mempunyai hampir 20 ekor, malah binatang peliharaan kesayangannya itulah yang menjadi penghibur di rumah.

Bukan sekadar kucing, Adibah juga merasakan hidupnya cukup sempurna walaupun tanpa lelaki bernama suami di sisi kerana mempunyai teman-teman rapat yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

"Saya mempunyai sekumpulan rakan perempuan yan masih lagi bujang dan kami telah berjanji untuk menjaga antara satu sama lain.

"Selain keluarga, mereka inilah yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya takdir telah menentukan jodoh saya," ujarnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-