Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, November 23, 2011

11 Perkara menarik yang berlaku di FFM24 yang mungkin anda tak tahu

Share







Selesai sudah Majlis FFM ke 24..sekarang adalah masa untuk kita bergossip tentang apa yang berlaku disebalik/ketika berlangsungnya Majlis yang gilang gemilang itu.


1. Sebelum siaran langsung bermula, FFM24 dimeriahkan dengan acara karpet merah yang dihoskan oleh Reza Mohamed, Didie Alias dan Aril AF7.

2. Namun kemeriahan di acara karpet merah terbantut apabila anggota RELA yang ditugaskan mengawal keadaan menghalau pihak media yang menjalankan tugas ketika itu. Alasan mereka ialah pihak media tidak memakai pas sedangkan semasa pendaftaran dilakukan, tiada pas media diberikan oleh pihak penganjur.

3. Beberapa orang artis wanita yang memakai gaun labuh meleret hampir terjatuh ketika berjalan di acara karpet merah apabila kain mereka dipijak oleh orang belakang.

4. Salih Yaacob yang segak memakai sut dilihat hadir bersama isteri mudanya yang hanya memakai jeans dan T-shirt.

5. Karpet merah FFM24 dihangatkan lagi dengan kehadiran pasangan bercinta iaitu Yusry dan Lisa Surihani, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah, Intan Ladyana dan Kamal Adli serta Sherlie Merlis dan Ash.

6. Ketika iklan, penonton di Dewan Plenary PICC disajikan dengan video filem-filem terbaru yang bakal ditayangkan pada bulan November dan Disember ini antaranya Aku Bukan Tomboy, Misteri Jalan Lama dan Songlap.

7. Pelakon Enot hadir ke majlis tersebut bukan sebagai pelakon tetapi sebagai Pembantu Peribadi (PA) kepada Didie Alias. GUA agak kesian melihat keadaannya itu yang agak pucat dan muram di mana beliau berdiri di tepi karpet merah berseorangan sambil memegang beg dan air untuk Didie.

8. Acara FFM24 suram kerana jemputan di dalam dewan tidak bersemangat untuk menepuk tangan.

9. Pelakon Shofi Jikan memberikan ‘standing ovation’ selepas pengacara majlis, Johan Raja Lawak selesai membuat persembahan pembukaan dengan lagu ‘Serambi Filem’.

10. Sidang media hanya dibuat selepas sejam majlis anugerah selesai. Ketika itu, semua media yang sedang berada di luar sudah hampir selesai menemubual pemenang. Ekoran itu, penganjur terpaksa memanggil media beberapa kali kerana tiada media yang ada pada sidang media tersebut.

11. Gelagat hos majlis tersebut iaitu Johan dan Fauziah Datuk Ahmad Daud benar-benar menjengkelkan. Majlis anugerah tersebut adalah untuk meraikan pemenang bukannya untuk lebih menyerlahkan diri dengan kenyataan-kenyataan seperti "Saya pemenang dua kali berturut-turut", "Datuk Rahim Razali ialah abang saya..." dan sebagainya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-