Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, October 12, 2011

Pian Cecupak syok sendiri mengaku bakal kahwini Aida,Aida menafikan

Share







Beriya-riya Pian Cecupak memberitahu media bahawa dia akan berkahwin bahkan family wanita idamannya pun sudah bersetuju dan merestui..

Tiba-tiba wanita idaman Pian iaitu Aida sendiri memberi kenytaan bahawa semua itu sama sekali tak betul dan dia tak pernah bercinta pun dengan Pian dan katanya Pian buat publisiti murahan..

Tak kira lah murahan ke atau tak,yang pasti kini Pian Cecupak dapat jugaklah publisiti selain kisah Suntikan Kolagen di wajahnya

Pian memberitahu bakal berkahwin tak lama lagi

“Saya sudah berubah sepenuhnya, dan kini saya memilih untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama wanita idaman iaitu Aida,” kata selebriti yang pernah muncul dengan kontroversi suntikan kolagen iaitu Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, atau Pian Cecupak.

Pian ketika ditemui di Balai Berita, di sini semalam, berkata dia gembira kerana menjalinkan hubungan cinta bersama model sambilan, Aida Hazira Adi Razman, 21, dari Sungai Petani, Kedah dan merancang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh oleh Allah.

Katanya, gadis terbabit dikenalinya sejak lebih dua tahun lalu sesudah mengenali ibu dan bapa model terbabit kerana menguruskan rumah sewa Aida di Taman Datuk Senu, Sentul, di sini.

Katanya, bagaimanapun selepas itu, hubungan mereka terputus seketika dan berjumpa semula dalam satu majlis perkahwinan seorang selebriti di Restoran Seri Melayu pada 30 September lalu.

“Hubungan cinta kami terjalin secara serius sejak seminggu lalu dan kini merancang mendirikan rumah tangga bersama malah keluarganya ada memberitahu akan menerima saya seadanya jika ditemukan jodoh,” katanya.


Menurut Pian, dia menginsafi perbuatan lalu dan berjanji tidak akan menggunakan kolagen lagi selain merancang untuk ke tanah suci Makkah memohon ampun kepada Allah di atas semua dosa yang dilakukan sebelum ini.

“Saya bersyukur kerana proses pembuangan kolagen kini sudah di peringkat terakhir (kali ke-6) dan hampir 90 peratus kolagen itu sudah berjaya dibuang,” katanya.

Pian sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rashidah Hashim, 38, dan dikurniakan dua anak iaitu Nor Azira Fazlin, 14, dan Nor Lina Fazrin, 12 namun bercerai pada 28 Julai 2000. Dia kemudiannya berkahwin semula dengan seorang wanita dikenali sebagai ‘Maklang’ pada 2007 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama empat bulan.

“Saya berharap perkahwinan kali ini akan membahagiakan saya kerana saya mahu berubah menjadi seorang lelaki sejati dan penyayang,” katanya.

Aida pula menafikan sekeras kerasnya

“Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin.

“Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan,” kata model sambilan, Aida Hazira Ahmad Razman, 23.

Aida Hazira membidas kenyataan yang dikeluarkan pelakon yang pernah muncul dengan kontroversi suntikan kolagen iaitu Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41 atau Pian Cecupak kononnya mereka merancang untuk berkahwin.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan Pian memberitahu media dia sudah berubah sepenuhnya dan kini merancang untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama wanita idaman yang juga seorang model sambilan, Aida Hazira dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh.


Aida ketika ditemui di Ampang Park, di sini, semalam melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon terbabit dan menafikan sekeras-kerasnya dia pernah merancang untuk berkahwin dengan selebriti itu.


“Saya hanya menganggap Pian sebagai kawan. Malah dia juga saya anggap seperti abang kerana dia pernah membantu saya, tidak lebih daripada itu,” katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-