Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, October 18, 2011

Nabila Huda dan suami berpisah bukan kerana Lelaki yang dikatakan orang ke-tiga

Share







Sebenarnye sebelum nie memang Sensasi tahu perkahwinan mereka dilanda badai sehingga Nabila hendak menuntut cerai,tapi Sensasi memang tak tahu menahu kewujudan lelaki yang dikatakan orang ketiga.

Pun begitu Nabila mengatakan tak perlulah melempar tuduhan dan syak wasangka mengenani lelaki yang dikatakan org ketiga itu.



“Kami memilih untuk meneruskan kehidupan masing-masing dan berpisah menjadi jalan terbaik buat kami. Tapi apa yang lebih penting, Abil mahukan yang terbaik untuk Keisha. Abil dan dia (bekas suami) mempunyai perancangan untuk sama-sama membesarkannya secara bergilir,” katanya yang memegang peranan utama sebagai Tihany dalam drama arahan Bahri Umarif Bajuri bersama penulis skrip Sharulezad Mohameddin di bawah naungan Radius One Sdn Bhd itu.

Selesa berbicara mengenai kerjaya berbanding soal peribadi, Abil menjelaskan, dia memilih untuk tidak mencampur adukkan dua topik itu dalam satu masa. Katanya lagi, kedua-dua topik itu berada di bawah ruang lingkup yang berbeza.

“Orang di luar sana saja yang bebas bercakap itu dan ini mengenai kehidupan peribadi Abil. Hakikatnya Abil tak gemar berkongsi hal ini dengan masyarakat. Alhamdulillah, Abil bersyukur kerjaya lakonan berjalan lancar dan tidak langsung memberi kesan buruk biarpun Abil berdepan dengan masalah perkahwinan,” katanya.
Pelakon filem Akhirat itu bagaimanapun tidak mahu membidas sesetengah pihak luar yang bebas menjatuhkan hukuman dan tuduhan terhadap apa yang terjadi dalam kemelut perkahwinannya. Tidak pelik pun kerana selama ini ada yang menuduh dan membuat spekulasi punca perpisahan mereka disebabkan orang ketiga.

“Hanya Abil dan dia (bekas suami) saja yang tahu hal sebenar. Banyak lagi benda lain yang Abil nak fikirkan daripada memeningkan kepala memikirkan cakap-cakap orang. Abil tak mahu dan tak kisah orang nak kata apa kerana itu lumrah manusia yang sesedap rasa menjatuhkan hukum.

“Tapi jangan semudah itu melemparkan prasangka perpisahan kami berpunca daripada lelaki yang dilabelkan sebagai orang ketiga. Carilah kehidupan sendiri daripada menyibuk hal orang. Tapi apa yang diperkatakan itu tidak langsung menjadi kudis buat Abil,” katanya yang sebelum ke lokasi penggambaran drama Tihany sempat berada di Langkawi untuk drama Kuih Goyang Shafik.

Di sebalik sikap gila-gila dan selambanya termasuk berceloteh riang di halaman Twitter dan Facebook serta komited terhadap kerja, Abil sedar dirinya tak lepas diuji. Segala-gala yang terjadi menjadikan dirinya lebih matang dan bertambah kuat melayari bahtera kehidupan.

“Mahu atau tidak, saya kena kuatkan diri untuk menempuhi apa saja yang mendatang. Saya memang kena jadi survivor. Apatah lagi saya jenis yang lone ranger,” katanya menoktahkan perbualan malam itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-