Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, October 4, 2011

Kandungan Ekin sudah 5 bulan,Mawi layan macam pemaisuri

Share







Dah dua kali Ekin keguguran sebelum nie,apabila Ekin mengandung kali ketiga ,agak kritikal dn kene jaga dengan betul,sebab kalau mengikut perubatan,gugur kali ketiga maksudnya tak boleh mengandung lagi dah...

Selalunya kandungan dan rahim tak kuat semasa usia kandungan dalam tempoh trimester iaitu 3 bulan pertama,tapi nampaknya Ekin dah sampai bulan ke 5..lagi 4 bulan ekin dan Mawi bakal menimang anak sulung..Mesti comelkan...

Kata Ekin dia dijaga dan mendapat perhatian khusus oleh ibunya yang menjaganya sudah 3 bulan di Johor.


“Doktor telah menasihatkan saya agar tidak berjalan jauh dan makan makanan panas. Sebab itulah ibu saya mengambil keputusan untuk menjaga saya di kampung selama tiga bulan pertama.”

“Ketika di kampung emak tak benarkan saya bergerak dengan banyak, hanya perlu berehat dan makan minum sahaja. Pendek kata saya tidak dibenarkan buat apa-apa. Sekarang saya dah pulang semula ke Kuala Lumpur, dan emak saya saya ikut sekali kerana nak jaga saya, ” ujar Ekin yang hadir bersama Mawi ketika rakaman Gempak Astro Rabu lalu.

Menyentuh tentang perhatian yang diberikan oleh suaminya pula, Ekin mengakui Mawi sememangnya memberi perhatian ekstra berbanding pada kehamilan sebelum ini. Mawi lebih peka dari semua aspek mengenai saya, sama ada dari soal kesihatan juga keselamatan saya.

“Mawi sering mengingatkan saya supaya lebih berhati-hati ketika berjalan dan menaiki tangga rumah. Malah dia akan segera bawa saya ke tempat makanan kegemaran saya atau ke mana saja sebaik saya meluahkan keinginan saya.”

“Saya seronok bila dilayan begini. Memang macam permaisuri bila suami dan semua ahli keluarga memberi sepenuh perhatian pada saya. Syukurlah saya juga tidak mengalami apa-apa alahan begitu juga Mawi. Malah tidak mengidam makanan pelik-pelik. Menu makanan pilihan adalah seperti biasa,” Ujar Ekin yang tidak lagi mengikut Mawi ke tempat kerja melainkan undangan acara-acara tertentu sahaja.

Menyentuh tentang soal jantina anak, Ekin dan Mawi tidak kisah sama ada dikurniakan anak lelaki mahupun perempuan tetap itu adalah rezeki. Apa yang penting, keselamatan diri dan bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan selamat ketika melahirkan kelak.

1 comment:

Anonymous said...

tahniah kak ikein n abg mawi....smoge..sihat selalu n dpt ank yg soleh-solehah...amin...

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-