Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, October 10, 2011

Johan dan Zizan bergaduh?

Share







Johan dan Zizan merupakan gabungan yang serasi dan kelakar,banyak jugak drama komedi kat Astro yang menggandingkan mereka berdua,,tergelak gelak sensasi tengok.

Tapi kebelakangan nie Johan dan zizan jarang berkerjasama bersama,johan dilihat bergerak sendiri dan zizan pun dengan hal sendiri..Ada desas desus yang mengatakan mereka berdua nie bergaduh..ye ke?

“Kami tidak ada sebarang masalah. Khabar angin yang memperkatakan bahawa kami bergaduh itu tdak benar sama sekali. Bukan tidak bertegur sapa tapi memandangkan masing-masing sibuk dengan jadual seni masing-masing.

“Cerita itu juga tidak benar kerana saya baru saja bertemu dengan Zizan. Mungkin cerita ini timbul kerana boleh jadi ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan kami,” ujar Johan yang kini sudah sebulan menjadi penyampai di stesen radio Era.

Bercerita mengenai perkembangan kariernya selain muncul dalam program “Edisi Khas”, filem arahan Prof. A. Razak Mohaideen, “Raya Tak Jadi” terbitan Lineclear Motion Pictures dan Grand Brilliance lakonan Johan dan Saiful Apek berjaya mencapai kutipan sebanyak RM4 juta pada hari ketujuh tayangannya dan terbaru, filem “Libas” lakonannya bersama Rosyam Nor dan Scha Al-Yahya yang telahpun ditayangkan sejak 29 September lalu.

Menyusul selepas itu pula, Johan sekali lagi bakal digandingkan bersama Saiful Apek, Nabil Raja Lawak serta aktres cantik, Fazura Ahmad menerusi filem “Bujang Terlajak” yang juga arahan Prof Razak A. Mohaideen.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-