Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, October 4, 2011

Datuk Yusof Haslam tidak pernah guna telefon bimbit selama 10 tahun, bukti kesetiaan kepada isteri

Share







Wah bagusnya dapat hasben yang nak jaga hati isteri sampai tak pakai hempon untuk membuktikan kesetiaan...Sensasi hairan jugak,habis tue selama nie mcm mana org nak hubungi beliau??

Sensasi rasa mcm nak suruh kekasih hati jangan pakai hempon jugaklah...mampu kew nak buktikan kesetiaan yg begitu darlingz?


Selepas selama 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit, produser filem Skop Production, Datuk Yusof Haslam akhirnya ‘melanggar pantang’ apabila terpaksa menggunakan telefon bimbit oleh isterinya, Datin Fatimah Ismail. Ianya juga apabila teguran Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan selepas sukar menghubunginya.

“Saya dah guna telefon bimbit hampir setahun. Bukannya apa, selama ni susah wartawan nak hubungi saya. Lagi pun Dr Rais pun pernah tegur,” katanya.

Yusof Haslam tidak menggunakan telefon bimbit membuatkannya bebas daripada gangguan selepas waktu pejabat. Menurutnya, segala urusan penting memadai dihubungi menerusi talian tetap di pejabat atau di rumah. Selepas rungutan diterima ramai pihak untuk menghubunginya, isteri, Fatimah membelikan telefon bimbit dan menasihati untuk menggunakannya.

“Isteri saya membelikan telefon Blackberry untuk saya guna tapi saya tak tahu. Akhirnya saya pakai telefon “cap ayam” cukuplah. Nombornya nampak besar dan senang nak buat panggilan,” katanya.

Sebelum ini, Yusof Haslam tidak menggunakan telefon bimbit selama ini selepas diganggu oleh pelakon wanita popular menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga panggilan telefon, sehingga timbul salah faham sehingga hampir-hampir merosakkan rumah tangganya. Demi membuktikan kesetiaan dan cinta kepada isteri, Yusof Haslam membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan telefon bimbit.

Menurut Yusof, nombor talian telefon bimbitnya itu hanya diberikan kepada pihak-pihak tertentu dan orang media sahaja, dan tidak akan sesekali diberikan kepada artis terutamanya artis wanita.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-