Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, October 8, 2011

Cerita 3 selebriti bertudung Diana Amir,Nana dan Irma Hasmie

Share







Irma mencari calon suami bukan Kekasih

“Saya akan terus berdoa agar ditemukan dengan seorang lelaki yang mampu menjadi suami. Jika benar saya telah menemui lelaki yang sesuai, saya akan pastikan kami bercinta selepas berkahwin kerana saya tidak lagi mahu mencari kekasih tetapi mencari calon suami," kata pelakon drama Kasih Alia yang pernah disiarkan di TV3.

“Saya ucapkan tahniah kepada Nabil yang kini sudahpun bergelar suami. Semoga perkahwinan mereka sentiasa dilimpahi rahmat agar ia lebih diberkati, insya-Allah,” katanya sambil tersenyum.

Memakai tudung pada usia bakal menjengah 30, kata pengacara program Solehan ini, tiada istilah sudah terlambat buat dirinya kerana apa yang lebih penting, dia berjaya merealisasikan impiannya.

“Cepat atau lambat bukan satu persoalan besar kerana setiap perbuatan manusia itu perlu mendapat keredaan Allah.

"Niat untuk bertudung sudah lama terpendam di lubuk hati saya namun baru kini saya berani untuk meneruskan niat itu,” katanya.



Kematian bekas suami dan bekas kekasih menjadi petunjuk buat Nana

“Kematian arwah Faizal dan Achik banyak membuat saya berfikir mengenai tujuan sebenar hidup saya selama ini.

“Alhamdulillah dengan izin Allah, saya mampu membuat keputusan sebesar ini walaupun pada mulanya agak keliru ,” kata pelantun lagu Gurauan Berkasih.

Bergelar seorang ibu tunggal di usia yang muda, Nana memberitahu, keputusan bertudung ini diambil apabila dia mula berjinak-jinak untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.

“Saya tertarik untuk membaca banyak buku-buku agama serta menonton beberapa program berbentuk ilmiah di televisyen dari situ saya mula memahami tugas sebenar seorang wanita di bumi Allah ini.

“Saya tahu setiap manusia itu tidak akan lari daripada membuat kesilapan dan jika ini merupakan titik perubahan dalam diri saya untuk menjadi yang lebih baik, saya akan meneruskannya,” katanya.

“Saya berharap peminat akan terus memberi peluang kepada saya untuk berada lama dalam industri hiburan tanah air.

“Selain menyampaikan lagu berkonsep pop, jika diberi peluang untuk menyampaikan lagu-lagu berunsur dakwah, sudah pastinya saya akan mencubanya.

“Namun untuk mengubah konsep lagu yang saya bawa selama ini kepada konsep nasyid, itu mungkin belum sampai masanya lagi,” katanya

Sedang mengenali seseorang

“Cukuplah jika saya katakan saya masih mahu mengenalinya dan apa yang lebih penting dia masih bujang dan bukan milik sesiapa,” katanya.


Mimpi Kiamat berkali-kali menginsafkan Diana dan masih belajar mendalami ilmu agama

“Memakai tudung dituntut di sisi agama kita. Sejak dahulu lagi, keluarga terutamanya ayah mahu saya memakai tudung.

“Selepas memenuhi satu fasa dalam kehidupan saya, ia tidak berhenti setakat itu sahaja sebaliknya saya ingin memantapkan lagi pengetahuan tentang Islam.

“Bagi saya, untuk berhadapan dengan dunia yang semakin mencabar, agama adalah tiang kita dan itulah yang saya pegang hari ini,” kata pelakon filem Aku Masih Dara.

Mendapat bimbingan dari keluarga angkat di Shah Alam

“Banyak yang saya belajar daripada mereka. Saya bersyukur kerana kelemahan pengetahuan tentang Islam yang saya hadapi suatu ketika dahulu akhirnya terisi dengan bimbingan keluarga angkat.

“Hari ini, apa yang peminat lihat mengenai diri saya adalah perubahan yang saya alami dan saya harap peminat semua dapat menerimanya,” pinta Diana bersungguh-sungguh.

Berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik merupakan doa yang Diana mohon kepada Allah setiap hari.

Ini kerana, ujarnya, sebarang perubahan ke arah kebaikan yang cuba dilakukan oleh seseorang itu pasti ada cabarannya.

Dulu seksi dan sosial,adakah janggal bila bertudung?

“Ternyata pemakaian saya kini banyak membataskan aktiviti saya tetapi saya lega dengan perubahan yang dilakukan.

“Terimalah perubahan saya ini dengan doa semua peminat kerana niat saya adalah untuk menuju ke jalan kebaikan," katanya yang tetap mahu bergiat dalam dunia hiburan kerana percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.

1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah....kpd akak2 sume...insyaallah...kite same2 brade di bwh krahmatanNYA...salam wanita solehah dri insan yg terpelihara....syukran...:)

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-