Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, October 12, 2011

Bob Lokman ditahan ,Jais sahkan

Share







Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan penahanan pelakon dan penulis lirik lagu “Isabela”, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lok,am.47, kerana berceramah tanpa tauliahdi Masjid Sungai Lui, Hulu Langat kelmarin.
bob lokman
Menurut pengarah JAIS, Marzuki Hussin, Bob Lokman tidak pernah memohon tauliah daripada JAIS dan penahanannya dibuat mengikut seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003, berdasarkan maklumat awam.

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Berita Harian, Bob telah ditahan bersama-sama dengan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjiid ketika sedang berucap selepas solat maghrib dihadapan 70 jemaah.

Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis berdekatan sebelum dilepaskan dengan ikat jamin.
“Kegiatan Bob Lokman sudah dipantau sejak minggu lalu, susulan ceramah di sebuah surau di Semenyih. JAIS sedang meneliti kandungan ceramahnya sama ada berbau politik atau sekadar berkongsi pengalaman penghijrahannya," ujar Marzuki.

Tambahnya lagi, Bob dan dua lagi rakannya itu gagal hadir di Ibu Pejabat JAIS sebelum tengah hari semalam selepas diminta berbuat demikian.

Sementara itu, Bob Lokman ketika dihubungi berang dan enggan mengulas mengenai isu penahanannya juga mengesahkan sama ada beliau sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS seperti yang diarahkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-