Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, September 8, 2011

Selebriti Hollywood dan Tattoo yang dibuang selepas berpisah dgn Kekasih

Share







Angelina Jolie & Billy Bob Thornton














"I have Billy Bob tattooed down there so any time I do a love scene, the name is really, really clear." -Angelina Jolie
Q. "Where does that leave you?" A. "With a lot of dermatology appointments!" –Dipetik daripada temubual oleh Chris Heath (Rolling Stone) selepas perpisahannya dengan Billy Bob Thornton.


Angelina berkahwin dengan aktor Billy Bob Thortorn pada tahun 2000, ikatan cinta pasangan ‘pelik’ ini tidak cukup dibuktikan melalui ikatan perkahwinan, ciuman berahi di atas karpet merah depan umum malah turut dizahirkan melalui dakwat kekal di tubuh. Angelina telah mencacah tatu nama suaminya di bahagian sulitnya dan satu lagi pada bahagian lengannya. Manakalan Billy pula mengabadikan ‘Angelina’ pada otot lengannya. Namun bila rumahtangga mereka bergolak pada 2003, Angelina membuang tatu tersebut kemudiannya menutupi kesan tatu tadi dengan kordinat tempat lahir keenam-enam orang anaknya termasuk kordinat tempat lahir Brad. Manakala Billy pula memadam tatu nama Angelina menggantikannya dengan perkataan ‘Peace’ dan lukisan bermotif ‘angel’

Britney Spears & Kevin Federline

























Sebagai tribute untuk suami tersayang, Kevin Federline yang memiliki tatu simbol dadu bewarna biru, Britney kemudiannya turut membuat tatu motif sama bewarna merah jambu. Walaubagaimanapun selepas mahligai rumahtangga mereka berakhir dengan pelbagai drama pada 2007, tatu ‘tribute’ Britney tersebut sudah tidak kelihatan lagi.

Johnny Depp & Winona Ryder














"I love Winona. I'm going to love her forever. Putting her on my arm solidified it. Tattoos are extremely permanent." -Johnny Depp
"I kept thinking it was going to wash off or something. I couldn't believe it was real...I mean, it's such a big thing, because it's so permanent." -Winona Ryder, ketika ditemubual oleh majalah Rolling Stone January 1991


Beruntung sungguh Winona kerana pernah terpahat dalam sanubari Johnny Depp suatu ketika dulu. Selain ikatan pertunangan, Johnny menzahirkan lagi rasa sayangnya dengan mengukir tatu ‘Winona Forever’. Tapi apabila hubungan mereka terpisah sebelum menginjak pelamin, Johnny memadamkan perkataan ‘na’ menjadikan tatu tersebut ‘Wino Forever’.

Pamela Anderson & Tommy Lee









Pam & Tommy berkahwin selepas empat hari berpacaran. Lari daripada cara tradisi iaitu bertukar cincin kahwin, Pam mengukir nama ‘Tommy’ di jari manisnya simbolik kepada cincin kahwin manakala Tommy mencacah tatu nama ‘Pamela’ di bahagian sulitnya. Selepas Pam memfailkan penceraian, Pam mengakui dia menghidap Hepatitis C akibat berkongsi jarum tatu dengan Tommy.

Denise Richard & Charlie Sheen










Denise mengukir tatu ama suaminya ‘Charlie’ pada buku lalinya manakala Charlie mengukir nama ‘Denise’ di bahagian pergelangan tangannya. Berkahwin pada tahun 2002, kurang daripada tiga tahun kemudia Denise memfailkan cerai. Dua hari selepas fail penceraian dikemukakan, Charlie serta merta membuang tatu ‘Denise’ yang jadi kebanggaannya itu.

Kerry Katona & Brian McFadden














Bekas ahli kumpulan Atomic Kitten, Kerry Katona telah memahatkan nama suami tersayang, Brian McFadden, ahli kumpulan Westlife pada bahagian punggungnya disamping ukiran tatu kartun ‘Winnie the Pooh’. Mereka berkahwin pada 2002 sebelum bercerai pada 2004.


Tom Arnold & Roseanne Barr











Tabik spring dengan Tom Arnold kerana, selain ukiran tatu wajah isterinya Roseanne Barr yang tersenyum ‘seram’ pada bahagian dadanya, dia turut memahat nama timangan Roseanne, ‘Rosey’ pada bahagian punggungnya juga beberapa bahagian lain lagi. Manakala Roseanne pula memahat perkataan ‘Property of Tom Arnold’ pada bahagian pinggulnya. Malangnya, bila rasa cinta antara mereka sudah hilang, begitu jugalah jadinya dengan tatu masing-masing.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-