Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, September 29, 2011

Neelofa nafi bercinta dengan Hans Isaac,tidak minat bercinta dengan artis

Share











Apabila membaca gossip yang disampaikan oleh wartawan hiburan SS,ramai yang membuat spekulasi bahawa artis yang dimaksudkan adalah Neelofa dan Hans Isaac..Bagi Sensasi dua dua pun sama cantik dan sama padan.Kalau betul lah mereka bercinta apa salahnye..

Tapi menurut Neelofa sendiri dia tak minat artis,dia lebih minat ahli perniagaan sebab mempunyai masa untuknya..wahh gitu..

“Ya Allah, Ya Rabbi! Memang tak benar langsung cerita berpegangan tangan dan melentokkan kepala seperti yang disebarkan oleh saksi itu. Sebetulnya, Lofa ada bertemu dengan Hans Isaac sekitar 2 minggu lepas untuk sesi lunch meeting filem Lemak Kampung Santan yang akan bermula pengambarannya pada 8 Oktober depan. Itu merupakan perjumpaan kali kedua, dan turut ditemani penolong pengarah. Jadi, ada 3 orang kesemuanya,” jelas Lofa yang terkejut dengan dakwaan tersebut.

“Manakala, perjumpaan pertama pula dihadiri oleh 5 orang krew produksi. Dan, baru semalam Lofa menerima skrip dan jadual pengambaran filem Lemak Kampung Santan.”

Lofa menambah bahawa dia tak pernah terlintas untuk jatuh cinta dengan Hans Isaac kerana amat menghormati individu itu sebagai seorang pengarah dan rakan sekerja.
“Ha ha awak! Tiada maknanya Lofa bercinta dengan dia. Tidak pernah terlintas di hati Lofa untuk mempunyai hubungan istimewa dengan Hans Isaac. Lagi pun, jarak umur kami yang jauh membuatkan Lofa lebih menghormati Hans Isaac sebagai seorang pengarah dan rakan profesional yang baik.”

Pada masa yang sama, Lofa mengakui bahawa dirinya sudah jemu dihimpit dengan pelbagai kontroversi cinta yang tak pernah habis.
“Filem lakonan Lofa pun tak keluar lagi, tapi pelbagai spekulasi diperkatakan orang. Sebenarnya, Lofa sudah muak dengan gosip pasal lelaki ni. Sumpah demi Allah Lofa tiada kekasih atau skandal atau dating dengan sesiapa pun. Ya Allah, tipu sangat!

“Kalau kemana-mana pun, Lofa akan pandu sendiri. Lofa masih baru dalam industri, tiada istilah cinta kerana nak fokus pada kareer, pelajaran dan perniagaan kasut,” jelas pelakon berusia 22 tahun ini.

Di samping itu, Neelofa turut mengelak untuk mempunyai hubungan cinta dengan pelakon dan memilih lelaki yang menceburi bidang perniagaan.
“Kekangan masa serta jadual kerja yang padat boleh membuatkan hubungan istimewa itu menjadi hambar. Sebab itu, Lofa kini lebih menyukai lelaki yang menceburi bidang perniaagaan. Sekurang-kurangnya, dia mempunyai masa untuk Lofa. Dan, dia boleh bercerita perihal bisnes sebab itu memang minat Lofa juga.”



Gossip yang mengatakan Neelofa lentok kepala di bahu Hans Isaac
SEDANG SS melayan kebosanan yang melanda diri, SS dikejutkan dengan cerita mengenai rakan media yang menulis dalam facebooknya mengatakan pelakon bertahi lalat di pipi itu sedang hangat bercinta dengan jejaka pilihan wanita Malaya.

SS yakin, berita ini pasti akan meluluhkan hati sesiapa saja yang memasang angan-angan sama ada untuk menjadi teman lelaki pelakon wanita itu ataupun teman wanita kepada si jejaka.

Tanpa membuang masa, SS terus menghubungi rakan SS untuk bertanyakan hal itu lebih lanjut. Mendengar cerita teman itu membuat SS tersenyum sendirian. Kata teman SS, dia melihat dua artis itu di satu kompleks beli-belah di Damansara.

Ketika mereka berselisih, kedua-dua artis itu hanya jalan beriringan saja menuju ke tempat letak kereta selepas menonton wayang bersama. Namun tidak puas hati, teman SS itu menoleh ke belakang untuk melihat mereka.


Ketika itulah dia terlihat si wanita dan jejaka berpegang tangan sambil artis yang pernah mencetuskan kontroversi ini melentokkan kepalanya di bahu si jejaka bertubuh sasa itu.


Setakat yang SS tahu, sejak akhir-akhir ini pelakon wanita yang manis itu terpalit dengan kontroversi menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta.
Nampaknya aktor lelaki ini tidak menghiraukan perkara itu malah memilihnya untuk membintangi filem arahannya kerana wajahnya ada x-factor. Kiranya untuk melariskan filemlah.

Setakat ini masih tidak ada kenyataan yang keluar dari mulut kedua-dua pihak mengenai status terbaru mereka. Mungkin juga cinta mereka berputik kerana sering berjumpa di set penggambaran. SS tidak kisahlah mengenai perbezaan umur yang sangat jauh, yang penting kedua-dua mereka selesa antara satu sama lain.

Walaupun wanita itu masih setahun jagung, pada pemerhatian SS, dia jauh lebih matang daripada usia sebenar. Salah satu kriteria wanita yang disukai jejaka itu.

SS tertanya-tanya juga, bagaimana pula dengan kisah cinta wanita itu dengan kekasih lama? Mungkinkah kerana bekas teman lelakinya sudah mempunyai teman wanita maka dia pun mengorak langkah mencari pengganti? Apapun, jika benar mereka bercinta, SS doakan yang terbaik untuk mereka.

1 comment:

Anonymous said...

poyo r neelofa, tak mnat bcnta ngn artis knon..dh 2 yg nyanyi lagu pulang 2 bukan artis ke?lg satu btl ke die hate cats? dah 2 suke pe?? kucing jntan je keala nak laki bisnes knon..... de sebab..........beduet kn!!

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-